mas lawan airasia, anak cucu kita yang sengsara

biasanya bila ada dua syarikat berlawan harga, aku akan ketuk gendang perang agar pengguna akan dapat lebih banyak manafaat, tapi bila dua pengendali kapal terbang bergaduh, aku termenung.

pergaduhan mas dan airasia tak sama dengan bas len seng berebut route dengan intrakota, juga tak sama bas mini warna merah jambu berebut penumpang dihilir jalan chow kit. semuanya tak sama kerana bas menggunakan enjin piston dan mengeluarkan gas karbon monoksida paras satu kaki dari tanah tapi kita tengah bersembang tentang kapal terbang; sebuah mesin yang menggunakan enjin turbin gas dan melepaskan gas kesan rumah hijau pada paras 36,000 kaki dari paras laut, terus ke muka ozon yang mana gas rumah hijau ini lebih merbahaya kesannya!

sementara isu penerbangan ini menjadi satu masalah besar di barat, kita di timur, seperti biasa masih mengamalkan minda dunia ketiga- tak apa selagi tak jadi apa. tapi kita ingat, malaysia pegang tangki oksigen yang besar di hutan tropikanya. fikir saja jika kesan pemanasan berlaku dengan pantas, mampukan hutan hujan kita menampung perubahan cuaca ini. bagaimana pula sawah bendang jika air semakin kurang? bagaimana dengan sumber pertanian yang lain?

ketika idris jala dan tony fernandes ini masih bergaduh berebut penumpang, dan siapa yang akan buat paling banyak wang, gas rumah hijau akan teus meningkatkan suhu bumi hasil dari enjin kapal terbang mereka.

cadangan aku kepada mereka, berbincang elok-elok. duit bukan segalanya bila kemarau panjang melanda bumi atau paras air laut meningkat nanti. bahagikan laluan perjalanan sewajarnya agar tidak perlu dua kapal terbang yang separuh penuh pergi ke tempat yang sama. jadikan bumi prioriti yang utama, bukan pemegang saham.

2 Responses to mas lawan airasia, anak cucu kita yang sengsara

  1. akhyari berkata:

    Dimana mana sama saja, tidak banyak yang bisa diperbuat melawan aruza zaman. Air Asia, bisa bisa memang akan menghancurkan airline airline di SEA, termasuk si juara, singapore airlines.
    Pantas saja, MAS macam terbakar. !

  2. ladymariah berkata:

    memang kepakaran hang la kalau bab kapal terbang nih. hehehehehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: