selamat hari 13 mei


‘kita takkan menghargai puncak gunung selagi kita belum pernah jatuh ke lurah yang dalam’

hari ini, seperti hari ketiga belas bulan mei pada tahun-tahun lepas tidak nampak signifikannya kerana hari ini tidak seperti hari kebangsaan atau hari angkatan tentera, merupakan tarikh tragis yang menjadi titik puncak perselisihan faham melayu-cina dalam tanah melayu.

sebelum tahun itu, hubungan melayu cina hanya setakat hubungan tauke-pelanggan dan pemerintah-diperintah. tiada usaha yang serius untuk membawa kaum yang berbeza budaya ini untuk memahami dan hidup bersama. dari itu, tumbuh pelbagai syakwasangka yang tak dijawab kerana tiada komunikasi.

laksmana haji mahmud syams atau cheng ho, bangsa cina telah datang ke melaka pada sekitar 1405 membawa bersama budaya cina muslim masuk ke melaka. malah dikatakan bangsa cinalah yang membantu parameswara membina melaka menjadi sebuah negara yang makmur. namun selepas program penjelejahan zhenghe diberhentikan dan penjajahan ke atas portugis melaka, cina muslim yang bermahzab hanafi ini makin lama semakin hilang. yang tinggal hanyalah binaan masjid ala-ala pagoda yang masih teguh di sekitar melaka sehingga kini.

13 mei adakah trajedi yang berlaku kerana kita tak ambil kisah untuk ambil tahu siapa jiran kita. setelah kita maki, kita ludah dan kita belasah, tup tup mak kita datang dari kampung dan bagitau yang jiran kita tu SEBENARNYA adalah sepupu kita. kan malu macam tu.

kita biarkan 1969 itu berlalu sebagai sejarah untuk diambil pengajaran. biarlah itu jadi lurah yang paling dalam untuk sejarah negara ini

2 Responses to selamat hari 13 mei

  1. AnakMudaParlimenBatu berkata:

    Semoga kita semua bangsa akan bersatu demi untuk negara kita Malaysia ….. Semoga kita akan menjadi rapat seperti adik beradik …. apa-apa masalah selesai bersama-sama ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis… ada artikel baru aku tulis ….

  2. bumilangit berkata:

    amin…

    semoga melayu, cina dan india jadi macam adik beradik seperti dulu-dulu, masa zaman kegemilangan benua islam siam.
    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: