terbaru dari aku

Mac 26, 2008

1) bil telefon pasca pilihanraya dah tiba. aku terkejut besor!

2)aku makan ubat untuk kuruskan badan. aku tak pernah percaya benda2 macam ni tapi lepas kena kutuk kaw2 oleh koliq kat tempat kerja, aku mengalah. aku tengah diet sekarang!

3)aku buat facebook dan matikan myspace aku (yang tak pernah hidup). add la aku kalau berani; jonbuobage-add-yahoo dot com.

4)aku telah dapat hobi baru, tido masa lecture. nikmat seh!

5)aku ada beberapa rancangan nak buat ni, antaranya nak promot agar malaysia boikot olimpik games, nak buat NGO amal untuk koordinasi pusat tiusyen percuma untuk anak2 miskin dan ajak member2 bloggers buat group blog baru -blokMuda.

6)selepas tayar kereta pancit, sekarang bateri kereta plak kong. adakah ini selari dengan penganugerahan bonus oleh kompeni aku? adakah mesej2 tersembunyi di sini? kereta baru mungkin?

7)aku dah bosan nak provok Umno, mereka akan karam sendiri. perut buncit mereka akan meletup sendiri! hahahahahaah

8)aku dah mula bosan nak isap rokok. mungkin apa yang kerajaan BN cakap selama ini benar, rokok membahayakan kesihatan.

9)CAA UK belum bagi exam date. cipan la korang orang putih! yang ko dengki sangat kat aku kenapa? bukan aku yang bunuh JWW birch! heh~

Advertisements

MB terengganu-istana-umno; apa sebenarnya?

Mac 24, 2008

aku pun tak tahu! tapi dengan tajuk ni, aku rasa aku akan dapat hits yang tinggi! HAHAHAKAAKHAKAKA~

ok, ini cuma khabar angin spekulasi apa yang terjadi di t’ganu sekarang.

seperti yang semua sedia maklum, pak akan taat kepada ‘cadangan’ khairy, malah semua menteri kabinet M’sia sekarang telah berbai’ah taat setia kepada khairy.

namun timbul masalah apabila idris jusoh ada masalah besar dengan istana T’ganu. menurut cerita yang dibawa oleh burung wak-wak, deris ni punya la kurang hajar dan tak reti hormat Tuanku sehingga berani panggil ‘I, you” saja dengan Sultan. sekarang masa untuk baru deris tahu mana bumi, mana langit. (mana bumilangit?)

bila istana memilih ahmad said sebagai MB baru, orang yang pertama meloncat bukanlah Deris, bukan juga Pak Lah, tapi Khairy! manakan tidak, pak angguk Deris akan digantikan oleh seorang mamat yang tidak menjamin keselamatan ‘harta’ beliau dan patrick lim di pulau duyong dan sekitarnya.

namun bila ahmad said dah terima watikah perlantikan, para pembodek pun meloncat mengikut irama masing2. yang peguam negara kata “ianya tidak berpelembagaan”.

“perlembagaan hotak kamu!”, kata shahidan.

shahidan juga dibenci pihak Arau sehingga watikah yang ditandatangani oleh paklah tak laku di Istana Perlis. namun tak timbul masalah ‘tak berpelembagaan’ apabila mat isa dilantik. inilah hujah pembodek. bias dan berterabur.

cerita ini belum habes… tungguw~


perak dan kedah mesti berhentikan perlawanan!

Mac 23, 2008

selepas kemenangan barisan rakyat di negeri2 ini pada PRU yang lepas, kerajaan2 dharap dapat bersatu dan tidak bercakar sesama sendiri.

kita mesti bersatu!

apa-apa hal pun, perlawanan bolasepak antara kedah dengan perak malam ni, mesti kedah menang!

pulun kedah pulun!!!

1385591276_aa5fa46f9d1.jpg
(gambar ni aku pinjam tanpa kebenaran pihak flickr virgobiru. gua salut lu!)


UMNO menderhaka kepada Sultan! bila perkida nak demo?

Mac 22, 2008

“bangsa melayu adalah bangsa bertuan”

UMNO sekali lagi bangsat dengan memilih untuk memboikot MB pilihan sultan. ini bukanlah perkara baru kerana dalam lipatan sejarah umno, penuh pengkhianatan kepada bangsa melayu sendiri termasuk sultan.

anjing-anjing yang menyalak “hidup melayu” ini benar2 tak tahu malu dan sedia menjual ibu sendiri untuk mendapat keuntungan peribadi.


cicak berkhasiat

Mac 22, 2008

cicak.jpg
sungguh enak dimakan begitu saja~


kabar ‘forum’ DEB di kedai mamak

Mac 21, 2008

jujurnya, perbincangan ini gagal menjadikan otak aku stress. maksudnya ia terlalu santai.

ada dua masalah penting yang mengganggu perjalanan perah otak ini; pertama suasana yang tiada privasi dan keduanya susunan meja yang memanjang (bukan meja bulat) dan hanya memberi dua pilihan; cakap kuat2 atau orang hujung tak dengar. kau bayangkan bila nak cakap dengan sepuluh orang tetapi tak boleh cakap kuat2, tensi gak la!

tapi secara asasnya perbincangan ini telah meliputi beberapa topik penting, antaranya beza artikel 153 dan DEB, pencapaian DEB, kenapa DEB gagal, AEM, dan melayu pasca DEB.

ada rakan berhujah, hak keistimewaan orang melayu ini termaktub dalam perlembagaan dan bukannya DEB, maka ketiadaan DEB tidaklah menyebabkan melayu merempat dan tergadai kemelayuannya. apa yang terjadi dengan penubuhan dewan perpaduan melayu dan demo2 ialah reaksi apabila kita antara tak paham objektif DEB atau fear of the unknown. matlamat asal DEB ada dua, pertama menghancurkan kerangka ‘pecah dan perintah’ yang dibina penjajah british dan yang kedua menghapuskan kemiskinan. tiada disebut langsung perkataan ‘melayu’. DEB lahir untuk mengelakkan 13 mei berulang. nyata keadaan hubungan melayu dan cina sekarang tidak seperti pada tahun 1967 dan kebanyakkan punca 13 mei telah diatasi. jadi, DEB sudah tidak relevan dan perlu diganti dengan satu sistem yang lebih up to date tanpa atau dengan affirmative action.

pencapai DEB dapat dilihat pada hari ini. semua kejayaan dan kegagalan terbentang luas untuk kita nilai. yang pasti, keburukkan DEB seperti korupsi dan kronis perlulah di perbaiki dan di atasi. mungkin kita bisa meminda DEB untuk memperelokkan kecacatannya kerana DEB bukan Quran yang bebas dari kesalahan.

namun pihak yang beria-ia ‘mempertahankan’ DEB sekarang dilihat mahu lihat DEB terus cacat agar mereka mendapat untung dari kelemahan DEB. ini masalahnya yang sebenar! isu tender tertutup perlu dipalam agar wang rakyat dijadikan modal rasuah.

bersambung esok. aku ngantuk


deb; siapa untung? (bukan utk dibaca)

Mac 20, 2008

1) orang UMNO

2)towkey cina

siapa rugi?

kelas bawahan melayu, cina dan india.

pada pendapat aku, DEB mesti di’dasar laut’kan tetapi diganti dgn dasar yang membantu orang melayu tanpa menindas kaum lain.

itu hasil kajian aku setakat ni.

lagi satu, kalau nak ikut keputusan kongres ekonomi bumiputra yang pertama, beberapa keputusannya jelas telah diserongkan atas nama ‘bangsa melayu’, misalnya bank bumiputra (almarhum) yang kini dah jadi CIMB. hehe.

deb ialah survival UMNO. tanpa deb, umno mati kerana orang masuk umno sebab duit. (kan?) jika pembahagian tender terbuka dibuat, tanpa perlu ‘cable’ UMNO, buat apa org nak masuk umno.

umno ini bukan agama. takdak orang mati sebab tak masuk umno. Allah tak tanya, “apa parti politik kamu? awat tak masuk umno?”

tapi umno terus wujud hingga kini hanyalah kerana, “stratagems and spoils”. umno terus hidup kerana jika umno mati, pemimpin umno akan miskin. bukan kerana umno itu relevan. wasalam.