sufiah (oxford) dan vending machine

vending machine berdiri kaku ditepi dinding, ia tidak lari. walaupun disepak dan dimaki, tiada tindak balas.
“kamu bagi duit, saya bagi air.
kamu bagi duit, saya bagi lendir.”

pelacur ini serupa vending machine. sentiasa ada bila ada demand. lelaki pulak selalu demand!

pelacur banyaknya perempuan. kalau jantan orang panggil arbog. yang jantan tu bukan sebab ditekan, tapi sebab gatal. aku ulang, “GATAL!”

perempuan ni Allah cipta sebagai lemah. sentiasa perlukan pelukan lelaki. eehh… perlindungan lelaki. ini fitrah. kamu boleh bagi dua-tiga hujah untuk lawan saya, tapi saya boleh bagi sejuta. itu fitrah. perempuan dilahirkan lemah. lelaki yang bertanggungjawab jaga perempuan. lelaki yang tak berani nak jaga perempuan itu lelaki dayus. tahu dayus? orang dayus ini tak bau wanginya syurga. wangi syurga ini semerbak baunya, dari jauh pun boleh hidu. tapi dayus tak bau sebab dia tak berani nak lindungi wanita.

pelacur wanita ini lemah dari segala segi. ada yang terpaksa. ada yang kena auta. ada yang memang galak. ada yang tamak. tapi sebab itu boleh lindung, boleh bendung. wanita semuanya wajib kita tolong. kamu hindu kah, kamu buddis kah, kamu kristian kah, kamu muslim kah. wanita semua yang lemah kita kena tolong. ini bukan kerana agama kamu. ini soal maruah!

tak ada kat dunia ini pelacur yang mulia. tak ada. siapa yang dilihat dengan pelacur akan kena sialnya. kat negara amerika baru-baru ni, ada yang kena turun tahta. angkara pelacur wanita yang lemah maruah kita binasa. tak ada pelacur yang dihormati didunia ini. tak ada! pelacur penjual lendir semuanya dianggap hina. apa nak buat mereka wanita lemah? apa nak buat, orang lelaki telah hilang militan maruahnya!

wanita ini ibu. wanita ini mulia. tapi bila pegang title pelacur- automatik jadi hina!

semua orang kena bangun, cek semula hati itu. kamu tak sayangkah pada wanita2 itu. mereka saudara kamu, dijual lendir-lendirnya begitu. dicabut maruah mereka sedangkan kamu hanya mencebik, kadangkala meludah. mana rijal kamu? mana maruah kamu? Allah tanya nanti nak jawab apa?

aku seru semua orang berdoa. kamu semua dari semua agama kena doa.

“Hancurkanlah rumah-rumah pelacuran itu! Binasakanlah bapa ayam durjana itu! selamatkanlah wanita-wanita itu!”

semoga sufiah menjadi safi semula. tolonglah Ya Allah. hamba kecil yang banyak dosa ini merayu kepadaMu dengan dengan rendah diri. bersihkanlah sufiah. bersihkanlah dia kembali!!

dan kerajaan2 yang baru dibina dengan redha Allah. kamu mesti kawal semua ini. jangan bagi muka. potong terus urat merih bapak ayam itu!

*aku mengutuk sekeras2nya sebarang perkataan menghina sufiah dan pelacur2 yang lain. orang yang hina ialah orang yang tak berusaha menghentikannya, apatah lagi mereka yang tak pernah terlintas dihati untuk hentikannya!

8 Responses to sufiah (oxford) dan vending machine

  1. Syafiq ......... berkata:

    Aku bersimpati kepadanya. Cilaka punya media, lagi mau tayang gambar dan aibkan.

  2. kipp berkata:

    Media tahu nak laku citer aje… tak kira pun atau simpati. Janji poket penuh. Haram sungguh. Semoga Sufiah dapat diselamatkan secepat mungkin.

  3. SAAD berkata:

    Seorang pelacur berkata, “aku lebih baik daripada kebanyakan perempuan yang engkau kenal. Aku menjual tubuh untuk meneruskan hidup. Mereka melakukannya konon kerana cinta. Putus cinta, mereka akan berpindah daripada seorang lelaki kepada seorang lelaki yang lain. Apa beza mereka dengan aku?”. Statistik tidak rasmi di kalangan lelaki- 90% perempuan di KL tiada dara. Apa nak heran kalau Sufiah melacur. Lebih baik dapat duit daripada tiada apa-apa. Zina tetap zina.

  4. aferiza berkata:

    Semoga ada lelaki yang berani menarik kembali sufiah ke pangkal jalan. Kesian dia…Kuat sungguh dugaan hidup dia. Ya Allah kembalikan dia ke pangkal jalan. amin!amin!amin!

  5. […] Sufiah (oxford) dan Vending Machine […]

  6. nanie berkata:

    aku sbg perempuan pon tumpang sedih, semoga TUHAN beri petunjuk kat Sufiah dan masyarakat pun bantu Sufiah utk jauhkan dia dr perkara2 yg x baik itu bukannya mengaibkan dia lagik.

  7. Anie berkata:

    cabaran ini bukan saja untu lelaki2 agar TIDAK DAYUS tapi juga kepada semua wanita2 agar mendorong, memujuk dan menyokong lelaki2 ini agar bertindak menyelamatkan sufiah…. walau apapun sebabnya… alasanya… sufiah wajib diselamatkan!!!!

  8. bumilangit berkata:

    lelaki sekarang sudah dihinggapi sau penyakit yang lebih hina dari mati pucuk; cinta dunia dan takut mati.

    mereka mengejar cita2 sehingga sanggup melihat maruah saudara mereka dipijak dan dihina.

    memalukan. apatah lagi mereka sudah berani memakai baju pink dan membuat rawatan pedicure.

    kembalikan hamzah! kembalikan fatih! kembalikan bilal! kembalikan zaid!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: