RM 9 dari pekerja asing untuk rakyat selangor cukup adil!

Cadangan Kerajaan Selangor untuk mengenakan levi RM 9 ke atas setiap pekerja asing yang bekerja di Selangor sangat kena pada tempatnya. Jika unjuran perolehan RM13.5 juta sebulan itu berhasil, bayangkan berapa banyak kolej dan pusat latihan yang dapat di manafaatkan oleh anak tempatan.

Walaupun ada pihak menentang polisi ini yang dilihat mungkin menekan pekerja asing, namun tindakan ini wajar diambil apabila mengambil kira keuntungan yang dikongsi oleh pekerja asing itu sepanjang tinggal dan bekerja di Selangor. Misalnya, jika mereka menggunakan pengangkutan awam, tambang perjalanan itu sebenarnya telah diambilkira subsidi minyak dan berbagai jenis subsidi lain yang sepatutnya hanya dinikmati oleh anak Malaysia, namun tanpa pernah diungkit, mereka turut menikmati hasil bumi dan kemakmuran ekonomi di tanah ini, hasilnya mereka dapat berkongsi perkhidmatan yang baik dengan harga yang murah. Langkah ini juga patut dilihat secara adil setelah mempertimbangkan kebocoran pengaliran wang yang para pekerja ini hantar pulang ke negara asal mereka.

Pada hemat saya, RM 9 tidaklah begitu tinggi kerana perlu diingat, pekerja asing bukan saja mereka yang bekerja sebagai penyapu sampah dan pekerja binaan, malah di Selangor ramai ekspatriat yang pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit sebulan. Tenaga-tenaga pakar dari luar ini diharap dapat diganti dengan anak tempat dengan skim latihan yang bakal dilancarkan oleh pihak kerajaan negeri Selangor.

Pihak kerajaan bagaimanapun diharap dapat melakukan kajian yang teliti dalam menyediakan kursus latihan untuk anak muda Selangor dengan mengambil kira keperluan pasaran. Mungkin jika pihak kerajaan dapat pertimbangkan untuk bekerja sama dengan syarikat-syarikat multinasional yang melabur di negeri ini untuk mengadakan perkongsian pintar agar berlaku pemindahan teknologi yang mana syarikat ini menyediakan program latihan dan kerajaan pula menganggung kosnya. Graduan yang dilahirkan pula secara automatis diserap untuk bekerja disyarikat itu. Hasilnya, syarikat untung kerana kos latihan yang rendah, anak muda untung kerana dapat kerja dan kerajaan untung kerana dapat menyediakan tapak pelaburan yang baik dengan modal insan sedia ada dalam masa yang sama menggamit pelabur lain untuk melabur di Selangor.

Diharapkan kerajaan negeri tidak akan ambil mudah perkara ini dan merancang dengan mendalam agar tidak berlaku kebocoran dana atau pembaziran dari polisi baru ini.

3 Responses to RM 9 dari pekerja asing untuk rakyat selangor cukup adil!

  1. farrel berkata:

    setuju dgn cadangan ini, walaubagaimanapun mungkin perlu diperkemaskan lagi idea ini!
    mungkin kerajaan selangor perlu wujudkan beberapa mekanisma untuk mengurangkan jumlah warga asing di selangor. dan dalam masa yang sama tidak bertindak zalim kepada mereka.

  2. farrel berkata:

    Tak setuju levi RM 10 pekerja asing di Selangor
    Posted on Thursday, March 27 @ 22:26:50 MYT by SongkokPutih

    Pendapat Oleh AMKNS

    Anak Muda Kampung N.Sembilan amat tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengenakan levi ke atas para majikan berjumlah RM10 sebulan bagi setiap pekerja asing yang diupah yang bertujuan akan digunakan untuk membiayai pembangunan kerjaya belia di negeri ini dan juga sebagai kaedah untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

    Jika kita hendak mengenakan levi ke atas pekerja asing, faedahnya mestilah untuk pekerja asing. Masalah utama kebanjiran pekerja asing pada ketika ini ialah mereka ini amat mudah terjebak dalam gejala sosial dan jenayah.

    Jika diamati tiada badan yang memantau pembangunan rohani pekerja asing ini samada mereka ini beragama Islam, Hindu , Kristian dan sebagainya.

    Pekerja asing yang beragama Islam, sekiranya mereka mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam sudah pasti mereka tidak akan terjebak dalam gejala sosial dan jenayah.

    Apa yang tidak dipersetujui oleh AMKNS ialah tujuan levi itu dikenakan. Jika ianya bertujuan untuk diolah satu program untuk pekerja asing agar kebajikan, pembangunan rohani mereka terbela maka teruskanlah. Tapi jika ianya bertujuan untuk membantu belia, maka perlu difikirkan cara lain, sumber lain.

    Harus diingatkan, Blogger tidak semestinya menyokong PAS , PKR atau DAP. Blogger akan terus menyuarakan pendapat baik siapa pun yang memerintah baik BN, baik PAS, baik PKR mahu pun DAP.

  3. bumilangit berkata:

    1) sokongan saya sebagai bloggers bukan membabi buta, tetapi dengan hujah. malah saya menentang sekeras-kerasnya kenyataan TS Khalid dalam tv3 tadi yang kata suaram bersuara kerana dia taja oleh dana luar negara. tipikal umno. tak cerdik!

    2) ttg kenyataan AMKNS, hujah saya tentang pekerja asing menikmati subsidi kita masih valid. tak salah nak beri tekanan sedikit buat majikan jika ambil pekerja asing. namun saya 100% sokong untuk usaha membantu menjaga kebajikan pekerja asing dan wajib kita sebagai manusia mengenali mereka sebagai manusia disebalik label pekerja asing. yang susah wajib kita tolong, tanpa dolak dalih, tapi jangan lupakan anak dibuaian!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: