kabar ‘forum’ DEB di kedai mamak

jujurnya, perbincangan ini gagal menjadikan otak aku stress. maksudnya ia terlalu santai.

ada dua masalah penting yang mengganggu perjalanan perah otak ini; pertama suasana yang tiada privasi dan keduanya susunan meja yang memanjang (bukan meja bulat) dan hanya memberi dua pilihan; cakap kuat2 atau orang hujung tak dengar. kau bayangkan bila nak cakap dengan sepuluh orang tetapi tak boleh cakap kuat2, tensi gak la!

tapi secara asasnya perbincangan ini telah meliputi beberapa topik penting, antaranya beza artikel 153 dan DEB, pencapaian DEB, kenapa DEB gagal, AEM, dan melayu pasca DEB.

ada rakan berhujah, hak keistimewaan orang melayu ini termaktub dalam perlembagaan dan bukannya DEB, maka ketiadaan DEB tidaklah menyebabkan melayu merempat dan tergadai kemelayuannya. apa yang terjadi dengan penubuhan dewan perpaduan melayu dan demo2 ialah reaksi apabila kita antara tak paham objektif DEB atau fear of the unknown. matlamat asal DEB ada dua, pertama menghancurkan kerangka ‘pecah dan perintah’ yang dibina penjajah british dan yang kedua menghapuskan kemiskinan. tiada disebut langsung perkataan ‘melayu’. DEB lahir untuk mengelakkan 13 mei berulang. nyata keadaan hubungan melayu dan cina sekarang tidak seperti pada tahun 1967 dan kebanyakkan punca 13 mei telah diatasi. jadi, DEB sudah tidak relevan dan perlu diganti dengan satu sistem yang lebih up to date tanpa atau dengan affirmative action.

pencapai DEB dapat dilihat pada hari ini. semua kejayaan dan kegagalan terbentang luas untuk kita nilai. yang pasti, keburukkan DEB seperti korupsi dan kronis perlulah di perbaiki dan di atasi. mungkin kita bisa meminda DEB untuk memperelokkan kecacatannya kerana DEB bukan Quran yang bebas dari kesalahan.

namun pihak yang beria-ia ‘mempertahankan’ DEB sekarang dilihat mahu lihat DEB terus cacat agar mereka mendapat untung dari kelemahan DEB. ini masalahnya yang sebenar! isu tender tertutup perlu dipalam agar wang rakyat dijadikan modal rasuah.

bersambung esok. aku ngantuk

2 Responses to kabar ‘forum’ DEB di kedai mamak

  1. syeikhryz berkata:

    hmm..yup bro..i think someday when we meet again,we should consider about the suitable vaneu…i cant even speak my mind in the most comfortable condition..hahahhahah…..so crowded…makes me mentally blocked!..hahhaha..nevermind.DEB?…just like what am i stressed before,its not relevent anymore…..because its completely corrupted by the so-called PEJUANG MELAYU who are mentally corrupt!.DEB is just a policy,it never laid down in our constitution….how can malay will suffer if we didnt implement DEB?…..we can replace DEB with a much more effective policy….affirmative action is still usefull in our national condition,but we should use it wisely….lets say,if 1 malay get 1 economy benefit,he should share it to uphold justice among our community……economic benefit come with a social obligation!…..when 1 malay get rich,he must help the others from chinese or indian ethnic….i doesnt mean that we should only concerns about our race issue,but in ISLAM itself,when we help each others it will be a WAJIB!.But from my perspective, if opposition want to apply it AEB in the future,they should makes their 5 States as a Blueprint how effective opposition really is in economy!…..Insyallah,they can get more in the future!….Sorry if i didnt give much more input in our discussion before,i want to,but i think u’re really understand about a circumstances there…..hahahhaha…Insyallah we can do much more better discussion someday!……see you then!…

  2. bumilangit berkata:

    waahh.. komen ni menarik perhatian aku.

    aku teringat satu cerita masa mahaatma gandhi tgh nazak berpuasa untuk damaikan pertelingkahan muslim-hindu pasca kemerdekaan india.

    ada seorang demonstran dtg kpd beliau dan berkata orang muslim telah bunuh anak2 hindu maka dia telah membalas dendam dengan bunuh balas anak2 muslim. kini,dia dia takkan diampunkan lagi…

    gandhi yang bijak menjawab, dia boleh diampunkan Tuhan jika dia mengambil anak angkat dari kalangan anak muslim dan membelanya dengan baik.

    when do we ever learn?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: