‘forum’ DEB di kedai mamak (updated version)

setelah berbincang dengan adi, aku sedang merancang untuk mengadakan acara sembang2 mengenai DEB di sebuah mapley yang belum ditetapkan.

isi kandungannya meliputi apa itu deb, beza deb dengan artikel 153 dan apa perubahan yang akan berlaku jika deb dimansuhkan.

beberapa bloggers muda yang ada kepakaran masing-masing dijemput untuk mengupas isu dan mungkin jika cuba dapatkan saudara din merican untuk memberi guidance.

hasil perbincangan ini akan didokumenkan untuk rakyat lebih paham, apa itu sebenarnya DEB.

untuk maklumat lanjut, hubungi bumilangit di 0192717548. (seelok-eloknya sms sbab mungkin aku ada kelas).

tarikh: 21 mac 2008
masa : lepas isyak ke sudah
tempat : Restoran Maju Curry, Petaling Jaya (berdekatan dengan Restoran A&W dekat Amcorp Mall)
speker : kita sesama kita
hidangan istimewa : teh tarik (bayar sendiri)
max perserta : 10 orang (yang lebih jadi penonton je la)

konfem yek! kita berjumpa di sana, insyaAllah!

6 Responses to ‘forum’ DEB di kedai mamak (updated version)

  1. Nasron al-Jauhari berkata:

    teringat video pak lah kat youtube… polis kata jangan… polis kata jangan… polis kata jangan… hehehe

  2. Zaidel berkata:

    wei aku ada ajak michelle dari sekolah lama kita kalau dia nak borak pasal politik sekali. Ada kosong?

    Orang UMNO dijemput ke?

  3. anakkawi berkata:

    hikhik…. itu sembang kedai kopi namanya..

  4. bumilangit berkata:

    zaidel, kalau michelle ada back ground law atau sejarah yang kuat, dia amat di alu-alukan. semua yang hadir esok dijangka dah fasih ttg sejarah DEB, cuma nak bincang masa depan DEB je. peserta2 ‘forum’ ni dah khatam buku 13 mei, reluctant politician, asian renaisance dan beberapa judul buku lain akan menjadi rujukan seperti malaysia the way forward etc etc. kalau ko rasa dia ok, aku terima dengan tangan terbuka.

    anak kawi,
    beza sembang kedai kopi dengan forum ini ada dua, pertama kami kena buat homework, kedua perbincangan akan didokumentasikan.

    susulan sembang ini, akan ada ‘debat’ DEB yang akan menjemput wakil umno. lalalalala~ tunggu tau

  5. Darren berkata:

    Bro pukul berapa? Kalau sempat kita boleh jumpa di sana, dah lama tak minum, rindu pulak

  6. bumilangit berkata:

    moh ler. bout 8.45pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: