cerita umno, melayu dan pulau pinang. (owh, DEB!)

Lebih kurang 1,000 penyokong Umno Pulau Pinang, yang diketuai setiausaha parti itu Azhar Ibrahim, berkumpul di kaki bangunan Komtar sebagai membantah kenyataan Ketua Menteri yang baru, Lim Guan Eng. (malaysiakini)

kisah satu;
semalam media laporkan hero melayu, azhar ibrahim meminta agar kerajaan pusat menarik balik perkhidmatan bas Rapid di penang kerana rakyat tidak memilih BN dalam PRU lepas.

saya juga menggesa kerajaan pusat menarik balik perkhidmatan RapidKL, LRT, dan komuter di selangor kerana rakyat selangor juga menolak BN. pasang la rel keretapi tu kat perlis inderashahidan.

kisah kedua,
dulu bila BERSIH dan HINDRAFberdemo, mereka dilabel pengkhianat negara, membuat kacau bilau, ganggu bisnes, membuat pelabur takut. azhar ibrahim kenalah biasakan berdemo ye, dah jadi pembangkang ni.

ingat, bawak botol air lebih dan kain kalau2 fru sembur air berasid. kalau polis nak tangkap, duduk, jangan lawan. kalau kena tangkap, telepon tian chua. hahahaha.

kisah tiga,

rakyat Umno penang betul-betul marah dengan pelantikan lim guan eng sbg Ketua menteri baru, maka beraraklah mereka dijalan-jalan sekitar penang. Bersama beberapa sepanduk, kumpulan itu melaungkan slogan-slogan, antaranya ‘jangan pinggirkan Melayu’, ‘jangan hapuskan DEB’ (malaysiakini) dan “hidup melayu!”(buletin utama, TV3).

kelihatan juga koh tsu koon ketawa terbahak-bahak dibelakang.

kisah empat,

dalam perhimpunan yang sama, ketika ditanya kenapa umno penang marah sangat dengan pelantikan ketua menteri DAP, seorang demonstran menjawab, “dia orang cina, dia akan tindas orang melayu, tak macam koh su koon”.

-habis-

kisah lima,

ketika ditanya tentang DEB kepada mamat demonstran ni, beliau menjawab, “DEB ini pentin utk pastikan melayu ni bermaruah dan cemerlang gemilang dan terbilang!”. “Dato kata, susah la kita nak dapat projek lepas ni, sebab tu kita kena pertahankan DEB ni!”

DEB ni diciptakan utk mengkayakan UMNO sahaja kerana pada pendapat mereka, tolong umno bermaksud tolong melayu. tak percaya? cuba mintak pinjaman wang TEKUN. mesti dia tanya, “umno bahagian mana?” aku tau la, aku dah kena!

ok, jika tolong umno maka tolong melayu, maka nik aziz tu apa? jawa? siam? (khir toyo itu melayu)

8 Responses to cerita umno, melayu dan pulau pinang. (owh, DEB!)

  1. kipaslipas2020 berkata:

    teringat lak masa kes al maunah sauk…SAUK..Selagi Ada Umno Kacau= SAUK..

    LU pikir la sendiri…

  2. kipaslipas2020 berkata:

    salam perkenalan.yup,terima kasih,teruskan berblog…

  3. alkisah berkata:

    Alkisah song
    Setiap individu, persatuan atau parti ada hak-haknya. Tidak boleh dipersoalkan tentang keputusan yang dibuat setelah pemilihan dibuat. Pada pandangan saya ada kebaikan juga sekiranya projek-projek tersebut dihentikan. Sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk memberi subsidi kepada rakyat ( kurangkan harga pengguna dan sebagainya ). Sekiranya diteruskan juga, Cuma rakyat PP sahaja yang akan merasainya. Dan kalau dipandang pada lain sudut pula BN sungguh tidak adil bagi orang-orang melayu. Mengapa? Dah terang lagi bersuluh di Kelantan yang mejoritinya adalah orang melayu beragama islam dipinggirkan kerana diperintah oleh PAS. Bagaimana pula PP yang diperintah oleh DAP disokong oleh PAP mendapat bantuan dari kerajaan BN untuk melaksanakan projek-projek tersebut. Lagi pun pada pandangan saya PP telah maju, berilah peluang kepada negeri lain pula meneruskan kesinambungan hidup ini. Kita perlu ingat siapa yang meneraju di PP dan siapa yang memonopoli kekayaan PP sekarang ini. TQ kerana sudi membaca.

  4. Darren berkata:

    give lim guan eng sometime to prove him self. is not fair to bombard him with so much agenda before even given a chance.

  5. bumilangit berkata:

    tan/darren,

    spt yang kamu dapat baca, aku tak memusuhi lim kit siang kerana dia lim kit siang, cuma apa yang dia cuba lakukan dapat merapuhkan hubungan barisan rakyat yang baru bertunang (belum kahwin lagi!).

    sekarang media arus perdana cuba menggambarkan bertapa gagalnya k’jaan baru di empat negeri, dan apa yang dia buat bagaikan memberi peluru kepada pihak lawan.

    aku tak ada masalah dengan guan eng. bagi aku, cabaran pertamanya ialah untuk mendapatkan kepercayaan orang melayu kampung yang telahpun mengundi untuk DAP. jika dia berjaya, ‘hero cerita melayu’ azhar ibrahim dan rizal merican akan diam sepanjang waktu berkempen pada PRU akan datang.

    semoga berjaya guan eng.

  6. rastom berkata:

    Boria Sungai Pinang menyokong pembangunan! Yeybaaaah!

  7. anakkawi berkata:

    owh, jgn lupa bawak garam skali, klo FRU sembur dgn air berasid, cuci la dgn air garam… mujarab gitu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: