BR ungguli BN dalam visi untuk rakyat

ketika BN masih bertelagah dan menuding jari untuk mencari kambing hitam, government in waiting, Barisan Rakyat telah mendahului beberapa langkah ke hadapan untuk merealisasikan laungan reformasi.

Dato seri Anwar misalnya telah melancarkan Agenda Ekonomi Malaysia yang mensasarkan taraf hidup rakyat yang lebih baik. Beliau juga dalam proses untuk bertemu pelabur2 luar di lima negeri dalam genggaman BR untuk meyakinkan mereka yang dasar pasaran bebas dan dasar bebas rasuah yang mereka jalankan akan memudahkan urusniaga tanpa perlu ‘kos tambahan’. Beliau juga telah menzahirkan niat untuk membuat kabinet bayangan untuk menunjukkan bertapa BR lebih baik dari BN. yang mana sehingga hari ini, Pak Lah belum lagi mengistiharkan tarikh untuk mengumumkan barisan kabinet BN yang baru setelah ramai menteri yang lama kalah dalam PRU.

Tan Sri Khalid Ibrahim yang belum mengangkat sumpah menjadi MB telah melahirkan visinya untuk menubuhkan Selangor yang baru melalui beberapa langkah seperti meneliti kemungkinan memilik negerikan syarikat konsesi tol dan menggubal akta ‘hak untuk maklumat’ yang akan menjadikan pentadbiran Selangor lebih telus.

Di Penang, lim guan eng yang telah membatalkan kompaun yang dikenakan kepada penjaja kecil oleh majlis pembandaran. beliau juga akan mempertimbangkan untuk membatalkan pembinaan Penang Global City Centre dan jambatan kedua penang jika projek itu tak cost effective dan lebih menjurus kepada pembaziran.

Semua ini berlaku ketika BN belum habis keciwi dengan keputusan rakyat sehingga ada yang didesak meletak jawatan, ada yang merajuk dan menolak dilantik.

Mana agenda untuk rakyat? tunggulah sehingga mereka habis bergaduh!

One Response to BR ungguli BN dalam visi untuk rakyat

  1. Kulaces berkata:

    Allahhuakbar saya mencadangkan agar BA atau BR diberi nama baru sempena gabungan rakyat antara keADILan, PAS dan DAP kepada BPR @ Barisan Pembela Rakyat . Amacam ok la tu sempena nama dan perjuangan kita membela rakyat yang ramai tertindas di bawah UMNO / BN. Takbir….Hidup bersatu BPR @ Barisan Pembela Rakyat…

    Datang la ke Johor semua pemimpin BPR dan gempur Johor yang ramai lagi KEMATU BENGKAK dengan media RTM, TV3…berikan kami maklumat terkini dan penipuan media UMNO/BN 013-7372210

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: