cara-cara khairy kuburkan anak mahathir

resepi ini ialah cara untuk membunuh karier politik orang secara seni. khairy (via paklah) perlu memberi kerusi kepada anak mahathir agar dilihat ‘masih menghormati’ Tun, namun dalam masa yang sama, khairy sedar yang mukhriz akan mendatangkan masalah kepada beliau jika anak mahathir bergabung tenaga dengan kumpulan najib dan hishamudin husen onn. mukhriz walaupun tidak begitu menonjol dalam BN, namun ‘popularity transfer’ dari bapaknya mungkin dapat membantu melonjakkan namanya bagi meraih sokongan/simpati. jika dibandingkan paklah bapak mertua khairy dan mahathir, jelas, rekod mahathir lebih baik.

setelah memahami kenapa perlu khairy ‘membunuh’ anak mahathir, berikut saya sertakan resepinya;

bahan-bahan:
seketul lauk (mukhriz)
sebuah grill untuk memanggang (parlimen jerlun)
dan bahan perasa yang secukup rasa

cara-cara memasak;

1) letakkan kan lauk tadi di kawasan yang panas, biar dia mengelupur di kawasan PAS ‘totok’. (ketika balik kampung pada bulan april 07, kawasan tu dah penuh dengan bendera PAS sepanjang jalan).

2) perhatikan lauk itu sambil mencekak pinggang dan ketawa ala-ala crook. (HAHAHAHAHAHA!!)

3) bila lauk itu hangus dan hangit, pura-pura kesal dan menangis.

4) pastikan anda membasuh tangan selepas membuang lauk hangit itu ke dalam parit.

One Response to cara-cara khairy kuburkan anak mahathir

  1. hasronrabbanie berkata:

    KHAIRY MEMANG BIJAK ORANGNYER….BIJAK MENGGORENG,BIJAK MEMUTAR,DAN BERMACAM2 BIJAK LAGI!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: