mampukah kita mnghadapi kenaikkan harga minyak lagi sekali?

ketika Anwar berjanji untuk menurunkan harga minyak, ramai tokoh parti pemerintah yang menganggapnya satu janji kosong ahli politik yang terdesak sambil menegaskan harga minyak perlu dinaikkan bagi mengurangkan beban subsidi yang ditanggung kerajaan. Kata mereka, minyak perlu naik kerana harga minyak mentah dunia sekarang sedang meningkat naik mencecah USD100 satu tong.

Kenapa harga minyak perlu naik?

Subsidi minyak yang ditanggung kerajaan sekarang mencapai RM35 billion! Tokoh dari parti Barisan Nasional bersungguh-sungguh hendak mengurangkan subsidi ini kerana ianya akan mengganggu peruntukkan kerajaan bagi membangunkan fasiliti untuk rakyat seperti koridor-koridor di seluruh Malaysia dan yuran persekolahan percuma untuk semua rakyat Malaysia. Namun, pernahkan kita persoalkan kenapa harga petrol perlu naik sedangkan kita ini negara pengeluar minyak? Logiknya, ketika harga getah dunia melambung naik, para penoreh di kampung memperoleh hasil yang lebih lumayan tapi kenapa bila minyak naik kita kata kita rugi?

Apa akan jadi jika minyak naik juga?

Perlu diingatkan tindakbalas berantai yang akan berlaku bukan saja melibatkan pemilik kenderaan persendirian, malah orang yang berbasikal pun akan menerima padah kenaikkan harga minyak ini. Kenaikkan harga makanan, perkhidmatan dan pengangkutan pasti akan berlaku. Ini kerana jika harga ayam yang diangkut dari Perak naik, ia juga akan melibatkan seorang mekanik motorsikal yang membeli ayam itu. Kerana kos membeli ayam itu naik, ia perlu juga menaikkan caj servis di bengkel motornya agar dapat menampung pembelanjaan harian. Ini perbuatan normal manusia yang waras. Tapi bayangkan jika semua harga ini melambung naik, namun gaji pekerja swasta dan kerajaan masih ditakuk yang lama, maka mereka ini perlu mengikat perut dan mengurangkan kos pembelanjaan. Pendek kata, kenaikkan harga minyak akan menyemarakkan lagi pesta menaikkan harga barang dan rakyat bawahan tersepit. Lebih merimaskan lagi, Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan kenaikkan sekitar RM0.30 ke RM 0.40 selepas pilihanraya.

Adakah negara akan bankrap jika harga petrol dikurangkan?

Tidak! Paklah mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan pembelanjaan yang besar untuk projek mega berikut;
koridor utara (NCER) RM17.5 billion,
koridor timur (ECER) RM112 Billion,
Wilayah Iskandar RM47 bilion,
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) RM 105 billion,
Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) RM107 billion.

Jika kerajaan sanggup membelanjakan beratus-ratus billion untuk projek-projek mega ini, takkan tak mampu meneruskan ‘subsidi’ RM35 bilion setahun? Ini belum dicampur keuntungan petronas yang melonjak kepada RM76bil dan nilai dagangan negara yang meningkat kepada RM1.1billion untuk tahun 2007. Semua angka yang dikeluarkan kerajaan ini menunjukkan ekonomi Malaysia semakin kencang maju secara tak langsung menunjukkan ia mampu meneruskan subsidi minyak, malah menambah subsidi agar rakyat dapat berkongsi kemajuan dan kemakmuran ekonomi Malaysia.

Bagaimana jika harga minyak diturunkan?

Jika harga minyak diturunkan, harga barang keperluan harian takkan naik. Peniaga tiada alasan untuk menaikkan harga barang kerana kos kendalian telah menjadi lebih murah. Peniagaan akan kembali rancak kerana rakyat mempunyai duit lebih untuk berbelanja dan meningkatkan keuntungan peniaga. Bila syarikat-syarikat untung, mereka mampu menaikkan gaji pekerja dan memberi bonus, mereka juga perlu membayar cukai kepada kerajaan dengan peratusan keuntungan mereka. Akhirnya, semua orang untung, kerajaan untung kerana peniaga membayar cukai yang banyak, pekerja untung kerana gaji naik dan insentif bertambah dan peniaga untung kerana orang ramai sudah mampu berbelanja.

Benarkah harga minyak di Malaysia adalah yang terendah di dunia?

Itu propaganda BN. Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, Malaysia tak seharusnya membandingkan harga petrol dengan negara yang mengimpot petrol seperti Singapura dan Filipina. Berikut adalah contoh harga minyak di negara-negara pengeluar minyak yang lain;

Malaysia USD 0.59/liter RM1.92/liter
Iran USD 0.09/liter
Venezuela USD 0.05/liter
Turkmenistan USD 0.08/liter
Arab Saudi USD 0.12/liter
Mesir USD 0.25/liter

Persoalannya sekarang mampukah kita menghadapi satu lagi kenaikkan harga minyak seterusnya lonjakkan harga keperluan harian atau kita memilih untuk memberi amaran kepada BN dengan mengundi pemimpin yang lebih prihatin tentang masalah rakyat.

tiada hakcipta kerana info dalam ni pun aku cedok dr wikipedia dan website yang aku tak keluarkan satu sen pon. edakanlah kalau sudi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: