dua cerita di satu pagi CNY

restoran pelita,klcc. 5.20pg

kelihatan seorang yang tidak terurus (bahasa orang awamnya, orang gila) masuk ke restoran india-muslim-mamak-melayu ini. pekerja-pekerjanya yang tadi duduk duduk rilek bergegas bangun seperti mahu menghalau mamat ini. seorang mamak yang mungkin incharge mengarahkan anak buahnya membungkus air. aku didalam kereta cuba tenangkan diri. kalau dia sentuh mamat yang tidak terurus tu, lebam biji mata dia. tanganku masih di door handle.
mamak yang buat air itu keluar dari kaunter air, membawa teh tarik bungkus. mamak supervisor tadi bersungguh2 menghulurkan air bungkus itu kepada mamat itu, dia cuma menggeleng-gelengkan kepada. aku teringat cara makcik aku bagi makan kucing di kampung, macam ni lah.
mamat yang tidak terurus tadi berlalu pergi, tanpa mengambil air bungkus itu. bukan itu yang dia mahu. dia menolak walaupun ditawarkan. aku insaf!

persimpangan jalan lumba kuda, klcc 5.35pagi

lampu isyarat merah. aku tak paham kenapa orang nak berenti masa lampu merah masa tengah pagi buat ini, tapi aku berenti jugak. seketika kemudian sebuah kereta meluncur dan berenti disebelah keretaku, awek, comel, cun dan sexy. aku? aku berlebai karkun dan berserban. hati aku menggerutu, minah ni kalau tak gro, mesti pelacur kelas atasan. kalau tak pun, mesti baru balik clubbing. lampu bertukar hijau. aku memecut keretaku selaju-lajunya masuk ke simpang masjid as syakirin.
siyalan! biadap betul aku ini. hati aku memukul diri sendiri!
apa hebat sangat aku berbuat begitu? itukah contoh yang terbaik? itukah daawah cara nabi Allah ajar?
seketika aku merendah diri kepada ustaz akil hayy yang mampu berdakwah dihadapan yasmin hani yang sengaja mendedahkan dadanya yang putih dan gebu itu. haha. entah dimana makam aku.
aku insaf.

One Response to dua cerita di satu pagi CNY

  1. aku tgk gak itu ari.. tapi ada “tergelincir” jugak Ustaz tu ituari.. ada “sikit” je la kantoi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: