kala malam bulan mengambang; bulan purnama ini kali

Januari 17, 2008

kmbm2.jpg

aku sambut tahun baru maal hijrah dengan filem ‘mahakarya’ mamat khalid. hahaha.

filem ni bermula dengan kisah seorang wartawan; opps, bekas wartawan yang dibuang kerja kerana menyebarkan kebenaran.

setelah dibuang kerja kerana berpendapat yang malaya perlu tahu perkara sebenar, beliau berusaha membuktikan yang dia adalah seorang wartawan yang hebat dan perlu diberi tempat yang sewajarnya, lantas beliau mencari scoop baru, kisah 28 orang hilang makan jembalang pada setiap kali bulan mengambang. seperti insan lain di zaman radio yang serba canggih, dia tak percaya pada jembalang; beliau percaya pada penjelasan rasional dan waras.

dalam perjalanan mencari kebenaran, dia terserempak dengan berbagai jenis orang; gangster melayu, cina, SB, ejen M16 dan makhluk yang mewakili silence majoriti. vandetta pernah berkata, silence is very fragile. hehehe saja je tu.

pada pertengahan cerita, mrk semua bersatu padu dan berjaya menjumpai markas komunis (?) hitler. bersoraklah mereka dengan hati yang riang atas kejayaan mereka itu. beliau yg obserben sedar yang kes itu belumlah selesai kerana konco2 hitler sendiri pun ada yang hilang, membuktikan itu bukan angkara mereka.

akhirnya terbukti yang rasional perlu tunduk kepada kebenaran, sekalipun kebenaran itu tidak waras. apa yang aku merepek ni? tapi lebey kurang macam tu lah. kadang kala bila terlalu yakin dengan method yang kita imani (terutamanya yang bukan dari nilai tempatan) kita boleh silap kerana kita sedang mengkaji kes yang bersifat tempatan. semua mitos, kepercayaan dan sentimen perlu diambil kira. jika kita terus syok sendiri dengan mengira satu permasalahan dengan metod yang kita sangka betul, mungkin kita akan hanya menyelesaikan masalah yang kita nampak sahaja, bukannya masalah itu in the whole big picture.

kmbm.jpg

aku rasa itu maslaah dengan pentadbiran kat malaysia kini. bila ada mentri caught on video having sex kat hotel, maka semua hotel kena check ada cctv ke tak dalam bilik mereka. bila adik sharlene hilang, semua bangunan wajib pasang cctv. tapi adakah ini akan menyelesaikan masalah? adakah mitos, sentimen atau masalah ghaib yang kita terlepas pandang?

kala malam bulan mengambang cuba memberi pencerahan ketika media dikongkong berat oleh pihak pemerintah. dikala mereka bersorak malaysia merdeka 50 tahun gemilangterbilangcemerlang, mabuk2 di pub dan tengah jalan raya, adakah kita sudah membereskan isu yang terbesar?

jadi kawan2, jangan lupa pada jembalang dan taro si harimau jadian!

Advertisements

menyahut ‘cabaran’ kiki

Januari 16, 2008

kiki sebelum ni ada post gambar bunga yang cantik dalam blog dia.

ki, gambar ni aku tangkap guna slr aku, tanpa disentuh oleh adobe photoshop. hahahahahahappy nye aku! ok tak?

belalang1.jpg

aku namakannya kesatria baja hitam


belajar matematik di kedai mamak

Januari 16, 2008

satu bungkus pek kopi jantan = RM 1.00

satu gelas air panas = RM 0.30

satu cawan kopi jantan kopi jantan tanpa tambahan susu = RM2.00

dapat maki tauke dia = priceless


maling itu pencuri; malingsia dan eurostar

Januari 14, 2008

kisah satu

langkah proton gen2 dibawa masuk ke china mnggunakan nama eurostar benar2 mengganggu jiwa ku. kenapa perlu tukar nama sehingga membunuh identiti sendiri, sudahlah itu, seperti menipu rakyat china pula apabila mengatakan kereta itu bintang euro, sedangkan ianya dari kepulauan nusantara! aduuh.. cemerlang, gemilang dan temberang lagi!

kisah dua

jika anda tiada darah tinggi dan suka tengok wrestling, saya cadangkan anda melayari web malingsia. situs ini adalah tindakbalas warga indo atas keangkuhan orang malaysia. dalam tu tiada perbincangan ilmiah, cuma macam dalam wrestling, gaduh-maki-gaduh.

kisah tiga

aku dengar penganut hindu akan adakan boikot utk tidak menyambut thaipusam di batu caves sebagai tanda tak puas hati cara kerajaan handle kes hindraf. bagus juga cadangan itu. sebelum ini aku juga ada dengar yang ada kes penyalahgunaan wang dalam kuil itu. semoga pihak pentadbiran akan buka mata dan lihat kuasa rakyat.


hamzah fateh bertukar alam

Januari 13, 2008

hamzah fateh selepas turun ke dunia dari alam tetinggi, alam roh dan alam dalam kandung, kini dengan izin Allah beliau telah selamat turun ke bumi.

nasihat aku padanya ialah agar beliau berpengang pada janjinya dulu untuk hanya mengambil Allah sebagai Illah dan merendahkan diri kepadaNya sebagai hamba. semoga anda berjaya dalam ujian ini dengan keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. amin

dsc_0132a.jpg


DVD karaoke untuk Dr Chua Soi Lek

Januari 11, 2008

aku takder la bermusuh dengan mamat ni, cuma mulutnya yang laser dan ‘minta maaf tapi buat macam tak bersalah’ telah menggeramkan aku.
aku tak kisah ko nak tidor dengan sapa, lantak kau lah, tapi bila ko menteri dan buat benda diluar batasan moral ketimuran, paham-paham sendiri lah. ni nak salahkan orang, media dan mengaku ‘terlalu rajin’ sampai dengki.. ccceeettt poooodddaaahhh~
lepas tuduh rakyat malaysia ni holier than God. apahal lak??!! ko buat salah tu hamende?

dah la curang! hahahaa

oleh itu, untuk meraikan dr chua letak jawatan; mari kita berkaraoke, tolong lah janji dengan aku, kita nyanyi sama-sama….

entri ni sepatutnya di pos pada 4 hb 1. tp ada emejensi


cerita esok, hari sabbath

Januari 4, 2008

esok hari sabtu, semua orang tahu. aku nak buat macam-macam, tapi tak cukup waktu.

aku mahu jumpa tan, aku mahu jumpa teman-teman. aku mahu nonton wayang, takboleh malam, tengok siang.

pada malam bulan mengambang, karya mamat khalid ni memang saya minat.
dia jarang buat cerita biasa, tak macam professor razak ntahapadia.

cerita ni cerita pasal PAS ke? pasal banjir kat kota tinggi ke? atau sekitar isu werewolf di belakang jalan chow kit?

esok, hari sabbath; aku cerita