kala malam bulan mengambang; bulan purnama ini kali

kmbm2.jpg

aku sambut tahun baru maal hijrah dengan filem ‘mahakarya’ mamat khalid. hahaha.

filem ni bermula dengan kisah seorang wartawan; opps, bekas wartawan yang dibuang kerja kerana menyebarkan kebenaran.

setelah dibuang kerja kerana berpendapat yang malaya perlu tahu perkara sebenar, beliau berusaha membuktikan yang dia adalah seorang wartawan yang hebat dan perlu diberi tempat yang sewajarnya, lantas beliau mencari scoop baru, kisah 28 orang hilang makan jembalang pada setiap kali bulan mengambang. seperti insan lain di zaman radio yang serba canggih, dia tak percaya pada jembalang; beliau percaya pada penjelasan rasional dan waras.

dalam perjalanan mencari kebenaran, dia terserempak dengan berbagai jenis orang; gangster melayu, cina, SB, ejen M16 dan makhluk yang mewakili silence majoriti. vandetta pernah berkata, silence is very fragile. hehehe saja je tu.

pada pertengahan cerita, mrk semua bersatu padu dan berjaya menjumpai markas komunis (?) hitler. bersoraklah mereka dengan hati yang riang atas kejayaan mereka itu. beliau yg obserben sedar yang kes itu belumlah selesai kerana konco2 hitler sendiri pun ada yang hilang, membuktikan itu bukan angkara mereka.

akhirnya terbukti yang rasional perlu tunduk kepada kebenaran, sekalipun kebenaran itu tidak waras. apa yang aku merepek ni? tapi lebey kurang macam tu lah. kadang kala bila terlalu yakin dengan method yang kita imani (terutamanya yang bukan dari nilai tempatan) kita boleh silap kerana kita sedang mengkaji kes yang bersifat tempatan. semua mitos, kepercayaan dan sentimen perlu diambil kira. jika kita terus syok sendiri dengan mengira satu permasalahan dengan metod yang kita sangka betul, mungkin kita akan hanya menyelesaikan masalah yang kita nampak sahaja, bukannya masalah itu in the whole big picture.

kmbm.jpg

aku rasa itu maslaah dengan pentadbiran kat malaysia kini. bila ada mentri caught on video having sex kat hotel, maka semua hotel kena check ada cctv ke tak dalam bilik mereka. bila adik sharlene hilang, semua bangunan wajib pasang cctv. tapi adakah ini akan menyelesaikan masalah? adakah mitos, sentimen atau masalah ghaib yang kita terlepas pandang?

kala malam bulan mengambang cuba memberi pencerahan ketika media dikongkong berat oleh pihak pemerintah. dikala mereka bersorak malaysia merdeka 50 tahun gemilangterbilangcemerlang, mabuk2 di pub dan tengah jalan raya, adakah kita sudah membereskan isu yang terbesar?

jadi kawan2, jangan lupa pada jembalang dan taro si harimau jadian!

2 Responses to kala malam bulan mengambang; bulan purnama ini kali

  1. adihamka berkata:

    aku baru sudah tonton filem ini.

    Pertamanya, bukan taro, tapi si tora harimau jadian (tribute pada filem pertama P Ramlee sewaktu berhijrah ke KL dari Studio Jalan Ampas Singapura).

    Dalam hidup aku, filem paling cepat yang buat aku nak blah dari panggung adalah Hulk dan Aku Kaya The Movie (tiket orang belanja,bukan atas kerelaan sndiri!). Filem ini hampir saja menjadi filem ketiga.

    Mujur kau menjelaskan kat atas, maka niat aku terbatal secara automatis.

    kalau nak mencari filem komedi, ini bukan filem sasaran.
    tapi kalau mencari filem berfikir, ini cerita mesti tonton.

  2. bumilangit berkata:

    taro tu altromen! lalalalala~

    kalau tak silap aku la (yg mana aku mungkin silap) aku pernah baca buku mitos pasal si tora ni. ianya cerita lokal sebelum film p ramlee.

    ini bukan cerita komidi ko kata? lawak siak…. kecuali la ko kena angin pasang! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAmek kao

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: