memori (kecil) bersama Dr Haron Din

tadi ika kata ust haron din masuk TV9, waaahh… memang permata takkan hilang cahayanya walaupun cuba disembunyikan dalam lumpur! aku rindu padanya, petah katanya yang berisi ilmu. kilas dan tempiasnya sering menyusuk kalbu.

aku masih ingat, suatu masa dulu kat bangi, member aku buat kenduri kesyukuran atas kelahiran anaknya. dia jemput ust haron din. aku lihat ramai orang beratur untuk minta ‘air hikmat’ dari ustaz. botol-botol air itu disusunnya dan dibaca doa secara borong. kemudian beliau cuba meluangkan masa mendengar masalah orang lain pula.

aku potong line, terus ke hadapannya. aku sampaikan hajatku, dia terkejut lantas bertakbir. dia kemudiannya letakkan tangannya atas dada aku dan membaca doa. aku aminkan doanya walaupun aku tak paham apa yang dia baca dalam bahasa arabia. aku amin saja. kan aku melayu.

aku bukan tawasul. aku anggap dia hamba Allah yang dekat dengan Tuhan. kan Ulama itu paling dekat dengan Allah.

aku benar-benar harap doanya malam itu makbul. Ya, Tuhan itukan bersifat mendengar, pasti doanya makbul masakan aku berjuang sehingga hari ini.

AllahuAkbar!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: