Kenapa mahu Allah?

Dalam alam persekitaran yang bahasa melayu tidak sangat dipandang tinggi, ada satu kumpulan yang beria-ia ingin memartabatkannya. Khabarnya, mereka ingin membahasa-melayukan satu buku yang asalnya ditulis dalam bahasa Hebrew atau dan sedikit dalam bahasa aramik. Penulis-penulisnya juga memang berasal dari bangsa sekitar sana.

Ketika berusaha memelayukan buku ini, tiba-tiba ada ‘terpercik’ sedikit bahasa arab, Allah atau dalam bahasa melayunya, Tuhan. ini menjadikan karya itu akan jadi sebuah buku Hebrew yang diterjemahkan kepada bahasa melayu campur bahsa arab. Jika dalam bahasa inggeris, perkataan lord atau god digunakan untuk menterjemahkan Tuhan, dan tidak pula ada keinginan untuk menukarkannya kepada perkataaan arab, Allah. Jika sudah tiada sangat perkataan melayu untuk menggambarkan ‘Tuhan’ digunakan saja perkataan Adonai, Elohim, El, atau Jehovah seperti dalam bahasa asalnya karya itu. ini akan menjamin originaliti karya itu.

Berlainan dengan di negara arab sana, semua Tuhan* (walaupun Tuhan hanya satu) dirujuk sebagai Allah kerana itu bahasa ibunda mereka, perkataan yang sememangnya bersifat tempatan tapi amat janggal dan tak kena untuk merujuk sesuatu benda yang mempunyai kata dalam bahasa tempatan namun masih mahu merujuk dalam bahasa asing ketiga. Misalnya, seorang pelancong mat salleh mengucapkan “arigato gozaimasu” kepada orang peniaga melayu, pastilah ianya sesuatu yang aneh! Sepatutnya dia mengucapkan “terima kasih” atau setidak-tidaknya “thank you” agar sampai maksud ucapan itu dan tidaklah mamat melayu itu tergaru-garu.

Akhirnya, jika terjemahan ini diteruskan, persoalan kemungkinan timbul agenda tersembunyi, kenapa mereka ini begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah arab untuk menterjemahkan karya Hebrew dalam bahasa Melayu. Ini boleh disamakan dengan sebuah kampong yang majoritinya berbangsa India dan bertutur dalam bahasa tamil, namun kedai runcit di kampong itu menggunakan tanda harga dalam tulisan jawi atau tulisan yunani kuno, ia pasti membingungkan.

*artikel ini diperam semalaman agar masak. tak timbul isu plagiat dengan tulisan dalam malaysiakini. adi dan saif-ulLah buleh jadi saksi

One Response to Kenapa mahu Allah?

  1. adihamka berkata:

    sahabat,
    aku memperakui bahawa artikel ko ini sahih sebagaimana yang kita diskusikan kala malam bulan mengambang.
    hahahah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: