kenapa lah korang naikkan harga rokok? kan aku dah ckp jgn~

entri ini ada tiga cerita.

cerita satu

Lesen Import Rokok Dibeku Sementara

KUALA LUMPUR: Kerajaan membekukan sementara pengeluaran lesen mengimport rokok dan memperhebatkan pencegahan penyeludupan bagi mengatasi masalah lambakan rokok di pasaran tempatan serta membanteras operasi pengilangan rokok tiruan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata orang ramai perlu bekerjasama supaya jangan membeli rokok seludup kerana ia mengakibatkan kerajaan kerugian cukai berjuta ringgit yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan sosioekonomi lain.

“Kerajaan sudah memperkenalkan penggunaan dakwat keselamatan dan setem cukai (banderol) sejak Ogos 2004 bagi mengenali rokok yang tidak dibayar cukai.

“Sehubungan itu, orang ramai dan peniaga harus mengambil inisiatif mengetahui kaedah membezakan antara rokok diimport secara sah dan yang diseludup masuk secara haram, terutama mengenali tanda dakwat keselamatan dan setem cukai,” katanya ketika pada majlis penyampaian sijil ‘Rakan Kempen Membasmi Jualan Rokok Tidak Sah’ kepada syarikat pengusaha stesen minyak, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid; Ketua Eksekutif Gabungan Pengilang-Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM), Shaik Abbas Ibrahim dan Pengerusi Eksekutif Lembah Sari Sdn Bhd, Datuk Haris Onn Hussein.

Mohd Shafie berkata, antara Januari hingga November lalu, denda dan kompaun RM33.5 juta diperoleh daripada 21 kes membabitkan penjualan barangan tiruan, berbanding hanya dua kes tahun lalu membabitkan denda dan kompaun RM161,000 dan dua kes pada 2005 dengan kutipan RM32,000.

Sumber Maklumat : Berita Harian (04 Disember, 2007)

cerita dua

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

MENURUT satu kajian, setiap satu daripada lima kotak rokok yang dijual di
Malaysia adalah produk tiruan dan mengandungi tar serta nikotin melebihi had
yang dibenarkan. Tentulah rokok tiruan ini dibawa masuk secara seludup.

Jika kajian itu tepat, bermakna kerajaan kehilangan 20 peratus hasil cukai
rokok. Ini angka yang sangat besar kerana rakyat Malaysia dianggarkan menghisap
16 bilion batang rokok setiap tahun. Ertinya 3.2 bilion batang adalah rokok
tiruan.

Yang kita kurang pasti adakah rokok tiruan ini dijual sama harga dengan yang
asli. Jika diletakkan bersama rokok asli di rak kedai, tiada siapa yang tahu.
Dalam masa yang sama, rokok seludup murah masih boleh dibeli di bawah kaunter.
Barangkali itu juga rokok tiruan.

Keghairahan untuk menjual rokok tiruan tentulah didorong oleh harga rokok yang
mahal ekoran kenaikan cukai di bawah Bajet 2006.

Adakah ini bermakna kerajaan memperoleh hasil yang tidak setimpal dengan kadar
kenaikan cukai? Perlu juga ditanya, adakah tabiat menghisap rokok berkurangan
selepas kenaikan cukai? Yang pasti, penghisap rokok tiruan menelan lebih banyak
tar dan nikotin.

Awang – Suka hisap ibu jari.

cerita tiga

Satu daripada 5 kotak rokok di Malaysia tiruan
Oleh Amran Ahmad

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Satu daripada setiap lima kotak rokok yang dijual di negara ini adalah produk tiruan dan mempunyai kandungan tar serta nikotin melebihi had dibenarkan kerajaan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh firma penyelidik pasaran bebas antarabangsa dari United Kingdom, TNS, rokok tiruan itu dibawa masuk ke negara ini dari beberapa negara terutama Filipina, Indonesia dan Korea Selatan.

Kajian itu turut mendapati sejumlah 16 bilion batang rokok dari pelbagai jenama dibeli rakyat negara ini setiap tahun.

Ketika mendedahkan perkara itu, Naib Presiden dan Pengurus Besar Serantau (Malaysia dan Singapura) JT International Trading Sdn. Bhd. (JTI), Martyn Griffiths berkata, kegiatan menyeludup rokok tiruan melibatkan semua jenama rokok di negara ini.

“Selain menjejaskan prestasi jualan rokok di negara ini termasuk yang diedarkan oleh JTI, kegiatan itu turut merosakkan industri tanaman tembakau tempatan dan menyebabkan kerugian kepada kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kerajaan menetapkan sebatang rokok di negara ini tidak boleh mengandungi lebih daripada 20 miligram tar dan 1.5 miligram nikotin selain hanya boleh dijual kepada pelanggan yang berumur 18 tahun ke atas.

Mengulas lanjut, Griffiths berkata, pihaknya turut menghadapi kesukaran untuk membuat perbandingan antara rokok tulen dan tiruan kerana kedua-dua produk mempunyai persamaan terutama dari segi kotak dan pembungkusan.

Katanya, JTI percaya kegiatan tersebut merupakan antara penyumbang utama kepada kegagalan ‘Kempen Tak Nak’ anjuran kerajaan yang bertujuan mengurangkan jumlah perokok di negara ini.

Jelas beliau, jumlah perokok semakin meningkat walaupun hampir kesemua syarikat tembakau mencatatkan kemerosotan jualan yang agak ketara di peringkat tempatan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, JTI akan melancarkan inisiatif maklumat pelanggan dalam masa terdekat bagi meningkatkan tahap kefahaman golongan perokok mengenai produk tembakau di negara ini.

“Dengan bertemakan ‘tiada rokok yang selamat’, inisiatif ini melibatkan kempen menyedarkan golongan perokok tentang keburukan tabiat menukar rokok dan kaedah terbaik untuk berhenti merokok,” katanya.

JTI merupakan unit JT International, anak syarikat Japan Tobacco Inc. yang menjadi pengeluar barangan tembakau ketiga terbesar dunia.

rujuk apa entry aku ttg rokok tiruan sebelum ini… kan aku dah cakap dah!

2 Responses to kenapa lah korang naikkan harga rokok? kan aku dah ckp jgn~

  1. bulanmalam berkata:

    Hisap la rokok jenama “SAAT” berkotak merah…
    lalalalalalalala

  2. bumilangit berkata:

    itu rokok tiruan la kawan! adeeehhh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s