kelip-kelip dan lampu pelita minyak tanah

sawah.jpg

lokasi: kg pida 10, jalan sanglang, kedah
tarikh: satu hari, 1988

pukul 8, cengkerik terus menggesek sayap pada kakinya dan menghasilkan bunyi yang menjengkelkan. lagu itu membuatkan aku seram. mungkin atas rasa bersalah kerana mencabut kaki abangnya, si belalang agar tak boleh melompat lagi. belalang itu kemudiannya mati kerana darah hijaunya banyak keluar. hijau dan busuk. aku takut cengkerik ini akan balas dendam. kalaulah aku ada ridsect, akan aku bunuh semua cengkerik hingar ini.

masa untuk makan malam. lepas solat maghrib tok embun dan kaklong siapkan makan malam ringkas. setiap hari pun memang ringkas. ikan darat dan ulaman dari sekitar rumah. aku tak makan, bau lumpur pada ikan puyu itu masih kuat. aku hanya akan makan kalau ada ‘anak-anak’, hidangan yang bisa menghancurkan ekosistem ian haruan di sawah. mereka makan satu keluarga, aku hanya duduk ditepi bermain pelita minyak tanah. ruang tamu/ruang makan/dapur tak bermeja itu cuma diterangi satu lampu kalimantang hasil janaan generator petrol. sebelum tidur, generator itu harus dimatikan. dan semuanya kembali gelap dan sunyi- kecuali lagu seram cengkerik.

kawan-kawan aku dah pulang ke rumah. mereka perlu mengaji al-quran. aku yang sunyi seorang melayan lenggok api pelita minyak tanah. jelaganya melekat dibaju.

pagi tadi aku ikut melastik burung, malangnya burung takdak maka kami pergi lastik sarang kelawar di pokok pinang. kelawar itu tak melayan provokasi kami.

swimming pool bersaiz olimpik berselut menjadi tempat singgah aktiviti seterusnya. aku hanya mandi ditempat cetek kerana tak tahu berenang. sekali-sekali ada ikan datang mencium badan aku, sayangnya aku tak dapat sahkan itu ikan atau bukan kerana airnya yang keruh. mungkin labi-labi, mungkin ular air, mungkin juga loch ness.

seterusnya aktiviti menangkap ikan. sampai sekarang aku phobia nak seluk tangan masuk lubang dikaki bendang. pernah sekali rakanku seluk dan menjerit sambil berlari kerana dia terseluk lubang belut. nasib baik belut. aku sendiri pernah menukarkan aktiviti menahan ‘taut’ kepada pecut 200m setelah terserempak ular hitam. ikan-ikan yang diperolehi disimpan dalam ‘kork’ atau pembentung untuk juadah.

ketika hari semakin senja, sekumpulan budak-budak jahat ini terpaksa berpecah. aku sendiri ikut kaklong untuk ‘fetch’ lembu dari padang ragut. cahaya matahari lembut menyentuh petak bendang yang kosong. angin sepoi-sepoi memukul lembut muka muda aku. bertapa aku tak hargai masa itu.

tok mbun panggil, masa untuk tidor. kami tak tengok tv sebab kalau nak tengok tv kena naik motor sejauh 500meter dan lepak kat rumah kak ah. aku tak suka tengok tv kat rumah kak ah sebab mereka suka pasang tv satu untuk tengok drama melayu. orang kampung yang lain yang berkumpul kat situ pun suka tengok cerita tu. aku tak suka.

aku lebih rela baring disebelah tok mbun dan tok wan. botol berisi kelip-kelip yan aku tangkap senja tadi aku goncang. cuma keluar sedikit cahaya. kelip-kelip dah penat kot. mereka ni cuma cantik waktu malam, bila siang bentuknya hanya macam lalat atau kelkatu, menakutkan. tidorlah ye kelip-kelip. botol itu aku sandarkan kat dinding.

bantal kekabu bersarung kain kapas yang diberikan tok mbun aku peluk kuat-kuat. aromanya memberi satu ketenangan. bau bantal kekabu. mimpi-mimpi burung, mandi sungai, dan tangkap ikan menyusul kemudiannya. ditemani bunyi cengkerik dan lenggok api pelita minyak tanah.

(tadi rumah aku black out kejap, aku rasa begitu kosong. teringat pula masa di kampung dulu, hidup simple. aku memang tak hargai masa itu. al fatihah buat tok wan mat, tok mbun dan kak yon, keluarga angkat ku di kg pida 10. Ya Allah, mereka ini hambuMu yang baik)

2 Responses to kelip-kelip dan lampu pelita minyak tanah

  1. Shahida berkata:

    teringat kisah dulu dengan arwah ayah mengerjakan bendang..kononnya membantu ayah tapi aku yg dibantu! hehe lintah punya la bnyak…smpi sekrg fobia ngan lintah..

  2. bumilangit berkata:

    aku pernah tengok mamat yang macho gile nangis sebab lintah. memalukan~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: