denyutan hati malaya kian lemah

1957.jpg
dalam koran harini, shuhaimi baba kesal dengan kurangnya sambutan terhadap filem yang dibikinnya dengan kos RM3.5 juta itu. filem hati malaya yang berputar tentang pengorbanan UMNO untuk memerdekakan malaysia itu dianggapnya dapat menimbulkan semula rasa cinta anak muda kepada UMNO. shumi yang mengharapkan sentuhan berhantu maya karin, gadis melayu celup untuk menarik anak melayu ke pawagam. setelah ditayangkan sebulan, hasil kutipan tiket hanya RM800,000 termasuk yang dibeli secara pukal oleh tauke2 pengampu parti pemerintah.

19572.jpg
kenapa anak muda tak minat politik?

1. tak rasa kegiatan politik yang disertainya memberi nilai hasil yang tinggi berbanding kerja sosial yang lain.

2. merasakan semua parti politik itu sama saja. sapa menang pun takpa.

3. dia merasakan dirinya tak penting dan takkan dapat ubah apa yang berlaku.

4. tak percaya keputusan politik yang akan dibuat akan memuaskan hatinya

5. maklumat tentang isu semasa yang terhad.

6. kos penglibatan; eg kekangan pemerintah, duit nak makan pun tak cukup, inikan pula nak berjuang atau AUKU*

anak muda lebih senang jika tak ambil tahu.

*rujukan dari buku ‘modern political analysis’, Robert A Dahl

3 Responses to denyutan hati malaya kian lemah

  1. szanawi berkata:

    anak muda macam aku baru nak belajar merangkak..
    harap beri tunjuk ajar..

  2. najwan halimi berkata:

    pelakon yg main watak Tunku tu bagus. watak jadi hidup..tapi malangnya, filem ni dingin sekali sambutannya…sama nasib mcm embun dgn left adnan dulu…

  3. adihamka berkata:

    org muda di Malaysia hanya ghairah menonton filem razak mohaideen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: