aduh HINDRAF, jangan lah begitu

ketika rakyat malaysia dan warga dunia sedang sedia untuk terima angin cosmopolitan, tindakan rakan-rakan dari HINDRAF bagaikan satu langkah ke belakang. maaf rakan, sebelah tanganku akan membantumu dan satu lagi terpaksa menahanmu.

aku takkan timbulkan apa-apa lagi perselisihan antara agama mahupun bangsa kerana kita dah ada UMNO dan BN untuk itu. aku tak pula akan menyerang balas HINDRAF atas apa desakan yang mereka buat, aku cuma ingin mengaku kesalahan aku, dan menunjukkan kesalahan kamu.

kaum india adalah kaum kelas kedua. mereka dianggap hina, miskin dan kaki todi. itu persepsi umum, walaupun individu itu adalah peminat shahrukh khan. ini pandangan yang cetek, salah dan sangat bahaya. hamba Tuhan takkan berpandangan seperti ini.

bila kita tengok balik kaum india di Malaysia, kita akan melihat kemelaratan, miskin dan sering bekerja sebagai kuli. sedang UMNO dan MCA ada universitinya sendiri, MIC hanya ada kolej. peluang untuk kaum india bangun adalah sikit.

kaum india mempunyai sejarah yang panjang. dalam buku sejarah melayu ada menyebut bagaimana kerajaan perak diserang oleh tentera dari india. ketamadunan mereka yang dibina atas satu tamadun yang lain, berlapis-lapis. malah pengetahuan mereka amat tinggi sehingga membantu ahli matematik muslim dari menyempurnakan sistem kira-kira (dari kanan ke kiri) dan sistem perpuluhan. mereka bangsa yang hebat sebenarnya. mereka tak patut dipandang bangsa kelas kedua.

ada yang berpendapat kaum india ini tidak berpelajaran, gengster dan belagak. soalnya, sempurnakah kita? elok sangatkan kita ni? apa dalam seikat sirih takkan tak ada yang di makan ulat?

setiap hamba Tuhan harus merendah diri dan menganggap insan yang lain sebagai insan yang ada keluarga, ada perasaan dan kehendak. mereka juga hamba Tuhan.

begitulah, perlu ada ruang untuk berbincang. harap HINDRAF dapat melihat semula pemintaan mereka agar rambut yang ditarik tak tumpah, rambutnya dapat. sesungguhnya kita ada musuh yang sama, Umno/BN. musuh kamu bukannya melayu/islam.

Allah lebih mengetahui

nota kecil; aku nak p tgk sivaji. aku dah dapat coy yang ada subtitle. daaahhh….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: