catatan pinggir

entri aku yang terakhir, merupakan hasil tulisan dibawah pengaruh ubat. entri yang sama hasilnya ialah entri mengenai cerita bapaku tentang harta karun yamashita, ketika itu aku mamai.

aku sakit sejak 2 hari lepas. demam dan pening, hasil gastik menghadam ikan siakap sweet sour dan strawberi + ice cream vanilla dalam jarak kurang 24 jam. haha!

hari jumaat lepas aku dan isteri ke teluk batik untuk makan ikan bakar dan end up menghabiskan RM84.00 untuk 4 orang makan. berikut adalah menunya;
ikan siakap sweet sour, sotong goreng tepung, udang kertas gred A bakar, sotong putih bakar, tom yam campur, kerang bakar dan kailan ikan masin. semua ini berjaya dihabiskan bersama ayu dan suaminya.

seterusnya hari sabtu, selepas exam ika di kampusnya, kami bergerak naik ke atas cameron highland, untuk membuang tebiat. (semua tebiat berjaya dibuang disana). kat atas tu, aku makan stimbot, seteroberi dengan aiskrim, dan ntah apa kejadah mak nenek lagik.

hari ahad, aku drive balik kl dalam keadaan pening. ditambah pula jam selepas slim river, ianya benar-benar mencabar kejantanan aku. nak muntah beb!

cerita di KL.

sesak! siyalan!
banyak lagi yang perlu aku cover utk lulus modul 11 ini. sepatutnya modul ini merangkumi sistem pesawat yang melibatkan enjin dan kerangka tapi kenapa banyak ditanya sistem radio, radar dan navigasi pula? arrggghhh!!! aku perlu stadi kembali semua ini! kenapa la aku tidor masa lecturer ajar dulu?

sesak!
aku perlu stadi. ya! sekarang! mungkin aku akan kurang menulis, kerana aku perlu stadi. ya! sekarang!

4 Responses to catatan pinggir

  1. mama safiah berkata:

    ehem2..again i would like to express my special thanx to you for the great+tiring trip hari tu…akakaka cian awak ek..=) belagak macho n cool jek time trip..alkisahnye ade crite disebalik lakonan itu..hahaha..
    now its time for u to STUDY~~~~ ingat ur mission tu…jgn terlajak perahu pulak~
    m**h,m**h =)

  2. Aku lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita “membuat tebiat” yang “telah berlaku” diatas gunung yang sejuk dan nyaman di “atas” sana… ]:)

  3. bumilangit berkata:

    like ppl always says, its better on top!

  4. szanawi berkata:

    hahahahahaha.. jom pi Perpustakaan Negara.
    Study sama…
    tapi subjek lain2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: