gerakan rakyat sebagai pemulih akhlak anak muda

poyo tak tajuk dia? poyo kan?

aku bercerita dengan seorang rakan dari UITM shah alam. katanya sekarang tahap moral mahasiswa amat kritikal, ramai bohsia dan pondan (indikator beliau). pihak admin pula katanya menyekat kuliah islami namun mewajibkan mahasiswa menghadiri konset.

gua salut!

pengalaman aku sebagai seorang remaja ialah aku akan buat macam2 benda bodoh (and i do mean bodoh) bila aku kebosanan dan tak ada kerja. selepas aku join beberapa gerakan islah,aku dah kurang buat benda-benda tak berpekdah dan mula ada wawasan. matlamat itu aku kongsi bersama komrad-komrad yang dulu juga keparat macam aku. itu cerita aku.

gerakan rakyat itu umum. benar. ia kadangkala kurang islamnya. tak seperti islam hadhari. islam dalam gerakkan rakyat kadangkala bersifat nafsi-nafsi, kubur lain-lain. jika islam diterapkan, ia tidaklah pula dipanggil gerakkan rakyat, tetapi badan gerakan islam.

mencari jalan tengah.

gerakan rakyat adalah satu pintu gerbang ke arah pemulihan akhlak dan moral anak muda seluruhnya. pemikiran anak muda akan dijuruskan untuk memikir bagaimana untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik, daripada berfikir bagaimana untuk menjadi jutawan dengan wang pinjaman PTPTN dan seterusnya melupakan buku ditangan. haha!

gerakan rakyat telah mengubah kehidupan anak muda diseluruh dunia. ini tiba anak malaysia menghadapinya. berani?

5 Responses to gerakan rakyat sebagai pemulih akhlak anak muda

  1. Jepp berkata:

    gerakan mencintai sukan bola juga ada baiknya… berani??

  2. farrel berkata:

    aku setuju dgn ko, aku sejak aku join gerakan rakyat (mahasiswa~pelajar).. aku mula terjauh dari bendabodoh.. tapi bile aku amik cuti (kononnya nak enjoy), cuti dari gerakan rakyat….saat itu mulala aku berjinak2 semula dgn keje bodoh..
    so kesimpulannya… aku memang setuju..

  3. bumilangit berkata:

    errrmm…

    pengalaman itu menyakitkan bukan?

  4. farrel berkata:

    pengalaman bukan saja menyakitkan malah melukakan… isu ini amat menarik minat aku kerana ia mengimbas semula kisah perbincangan aku bersama teman2 dalam membicarakan isu ini.. ramai yang tidak bersetuju dgn isu ini mungkin kerana hujah yang aku lemparkan kurang realistik.. walaubagaimanapun dalam hati aku tetap merasakan isu yang saudara lemparkan memang sesuatu yang amat bernas.. Tapi amat sukar untuk aku menarik teman2ku ke kancah gerakan rakyat kerna kebanyakan teman2ku lebih selesa dgn dunia fantasi mereka.. cuma aku terkadang terperdaya dgn pujukan teman2ku.. dan menyebabkan kadar konsistensi aku dlm perjuangan umpama gelombang.. yg terkadang naik dan terkadang turun…

  5. ustaz muallaf berkata:

    keruntuhan moral dikalangan remaja islam masa kini haruslah di ambil perhatian yang serius….semua pihak seharusnya jangan hanya bercakap tetapi tidak ada tindakan yang diambil….
    jangan lah menjadi seperti anjing yang menyalak ke bukit….renung-renungkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: