selepas kuning; ke mana ?

satu perkara yang perlu kita ambil pusing ialah keadaan kebebasan di Malaysia. ya, anda bebas membeli roti spender dan ke pasar malam tapi itu bukan isunya. kita pikir pasal kebebasan bermaklumat, iaitu hak untuk tahu tentang ‘truth’ disebalik tol smart, apa lagi program timbal balik untuk permbelian sukhoi dan apa yang pak lah buat belayar di australia sedangkan banjir besar menimpa Johor.

rakyat juga berhak tahu rekabentuk gelanggang lumba kuda di penang yang akan dibina. adakah ia moorish style seperti masjid negeri alor setar atau desain turki-uzbek seperti di masjid putrajaya. apa? anda tak tahu gelanggang lumba kuda akan dibina di pulau pinang darul badawi? anda tahu bagaimana WPI akan menghakis kedaulatan johor? tak juga?

memang lah. semua ini tiada dalam berita TV malaysia mahupun dalam akhbar.

hak untuk kita ambil pusing tentang pembangunan negara, bagaimana kerajaan merancang untuk membelanjakan cukai yang dikutip dari kita melalui ketulan ayam KFC, rokok dan berbagai cukai-cukai lain termasuk cukai kepala. ini duit aku dan anda. kita bayar kerajaan untuk bangunkan negara dan membuat hidup kita lebih senang. kan?

tapi hak untuk bersuara dan hak untuk mendapat maklumat ini disekat walaupun negara kita ni negara demokrasi a la hadhari. jadi ia adalah kewajiban anda untuk tuntut balik hak anda, sepertimana malaysia menuntut pulau batu putih.

pada 10-11 lepas, satu perhimpunan aman rakyat telah diadakan untuk tujuan ini. satu memorandum telah di hantar kepada Yang diPertuan Agong sebagai satu rayuan agar kebebasan rakyat untuk memilih jenis kerajaan yang memerintah dipenuhi.

ok, done. apa selepas ini? bagaimana kalau DYMM YDP Agong gagal bertindak kerana kekangan kuasa dan desakkan Umno/BN?

aku hanya nampak satu cara- boikot pilihanraya. kenapa nak buat pilihanraya jika kita dah tau dan ada bukti yang ianya tak adil? kenapa kita nak buat benda yang sama berulang-ulang dan mengharapkan hasil yang berbeza? jika Umno tak mahu demokrasi, kita beri mereka apa yang mereka mahu.

masalahnya, taktik ini telah gagal di pahang PRK pahang kerana tiada kesepahaman yang kukuh di antara pimpinan. lagi satu ialah media dan penerangan kepada rakyat, kenapa kita wajib boikot pilihanraya. ramai orang tak paham kenapa kita perlu boikot sama seperti kenapa kita perlu mengundi.

namun boikot juga ada beberapa kelemahan seperti, kenapa kita perlu bagi kemenangan mudah kepada paklah dan cro? (co untuk company, cro untuk crony)

kita benar-benar berharap pimpinan kelolaan Anwar ibrahim dapat memberi solusi yang mantap. keyakinan aku terhadap barisan pimpinan beliau meningkat setelah melihat bertapa well preparednya himpunan bersih minggu lepas. kita perlu akur dengan arahan arahan pemimpin walaupun ianya kadangkala tak logik. ingat, jangan turun bukit itu dan bertahanlah dengan busur kamu!

3 Responses to selepas kuning; ke mana ?

  1. adihamka berkata:

    tesis aku mudah saja: tak guna boikot PRU,pertama sebab kalah free. Kalau Menteri2 kurang cerdik di Msia dah set dlm otak diorg bahawa demokrasi tertegak hanya kerana ada pilihanraya, maka apa diorg pedulik kalau pembangkang nak boikot?

    nazri aziz akan cakap, “sapa suruh diorg tak lawan BN? Skrg BN dah menang free melalui pilihanraya,sistem demokrasi telus lagi adil ciptaan BN.so what?”

  2. sumbiling berkata:

    don’t boycott… we r not coward!!! Mandela never surendder in fighting injustice… he has been doing that for so long. he spent all his life to fight for freedom and he is still standing. this is just the beginning.. we have a long way to go.. so let us stand and unite… v for victory

  3. Jepp berkata:

    boikot ngan tak boikot sama je… boikot, gerenti kalah, tak boikot, gerenti tak menang… pa citer?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: