mari cerita pasal masa depan

pendahuluan:

tadi aku jumpa Zam kat restoran dharbar.

habis pendahuluan.

aku bukan notradamus, dan aku tak minat dengan dia. sungguh, dia cuma peramal yang bernasib baik mendapat ramai peminat fanatik.

aku bukan hang tuah, menuturkan takkan melayu hilang di dunia. hingga kini rangkap itu diulang puak ekstremis melayu (berdarah campuran)

aku bukan nabi melayu dari hulu kelang, aku bukan kakaktua yang memilih kayu aiskrim, aku bukan itu dan bukan ini.

masa depan malaysia susah nak ramal. betul. misalnya mudah, soal tarikh pilihanraya. siapa pun tak tahu, not even paklah.
harga minyak pun macam tu jugak, tiada siapa yang tahu, nak naik ke tidak, kalau naik, bila? semua orang tak tahu, not even paklah.

ini yang menjadikan malaysia ini menarik. menarik macam teh tarik. siapa sangka bila tahun lepas pak din menghunus keris untuk mengugut cina, tahun ni rafidah bagi sumbangan kat pelajar cina. ini semua diluar ramalan. macam juga angkasawan negara, siapa sangka negara yang tak mampu nak bagi buku teks percuma kepada anak pesawah dan penoreh getah mampu untuk hantar seorang doktor model ke angkasa.

malaysia ini tanah yang tak boleh disangka. ingat tak masa kecoh kl bergegar akibat gempa bumi di indonesia tempoh hari? malaysia kan sepatutnya kebal dari gempa bumi. malaysia boleh! ingat tak masa tsunami? sebelum ni tsunami tak wujud di tanah melayu, sebab tu lah tiada usaha mengmelayukan perkataan tsunami. terbelit lidah orang kampung sebut tsu-nami, su nami ke tesu-nami.

meramal masa depan malaysia.

malaysia takkan pergi jauh dengan keadaan sekarang. itu pasti. bukan kerana tanah ini kena sumpahan mahsuri, tetapi kerana rakyatnya TAKUT untuk meramal. mereka takut dengan masa depan yang tak pasti. mereka takut untuk berubah kerena ‘tak tahu’ apa yang akan berlaku. mungkin huru hara. mungkin syurga dunia.

mereka takut untuk berubah kerana cerita-cerita orang-orang tuan tentang ubi kayu dan selipar jepun. mereka takut akan cerita-cerita sang kelembai dan pak pandir. akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak mencabar masa depan dan tidor dalam ruang selesa itu selamanya, sehingga satu hari semuanya terlambat.

ada seekor katak bernama keroro, sedang dia melompat2, dia terjatuh dalam satu periuk yang sedang menjerang air. wah, jakuzi kata hati kataknya. dia menikmati air panas itu sehingga dia terasa terlalu panas. dia cuba melompat keluar tetapi lutut kataknya sudah empuk direbus. dia mati sebagai sup katak.

masa depan malaysia terletak ditangan kita anak muda yang berani menongkah arus dan melawan norma. ya, kadangkala kita salah tetapi kitalah yang akan sensitif kepada persekitaran dan kesalahan. kita lebih peka dari mat rempit yang layan daun ketum di tepi pagar penjara. kita memang suka melawan, tetapi hanya kita tahu benda itu salah.

anak-anak muda ini pula sering mencari alternatif kepada kesalahan kerajaan sekarang. tidak hanya salahkan, kita cuba bagi jalan keluar. habes di punggah teori2 dalam alQuran, madinah fadilah, das kapital dan road to serfdom. anak-anak muda ini membesar mindanya dengan idea. rebus tak empuk. anak muda terus mendesak, kadangkala ke tepi dan merujuk.

ramalan aku; masa depan didalam tangan anak muda, bukan pada umurnya, tapi pada jiwanya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: