Catatan seorang demonstran

Gila! Tak masuk akal!

Setiap pemberani ini sedia korbankan segalanya; mahasiswa sanggup dibuang kolej, pekerja sanggup hilang gaji; bapa sanggup berpisah dengan anak, demi apa yang mereka percaya. Mereka sanggup berhadapan dengan realiti kejam belantan polis dan black maria. Atau kabus gas pemedih mata. Gila, kan? Ini luar tabii.

Sikap gila ini bukan sedikit, angka 30,000 hingga 50,000 dihitung. Setiap insan bernyawa
berkongsi kegilaan ini. Berhadapan dengan kegilaan meriam air berasid dan kabus pemedih mata. Apa yang mereka memaksa mereka jadi gila, sanggup bersusah payah membolosi sekatan jalanraya polis untuk kehilangan kerja, dibuang kolej dan masuk ISA? Siapa yang mendorong mereka hilang waras untuk berdiri dihadapan polis yang sanggup memukul tanpa usul periksa?

Kuasa hebat apa yang sanggup memanggil ayah, ibu, anak manusia ini dan korbankan diri?

Aku sampai ke KLsentral pagi itu untuk bersama rakan2 sebelum bergerak ke checkpoint di pasar seni. Para petugas polis memenuhi jalan raya. Ada pengebom berani mati sedang berkeliaran atau pembunuh nurin sudah dikesan? Tak. Orang seperti aku dah bosan.
Berita yang diterima mengatakan masjid Negara sudah kena sembur. Dalam perjalanan ke CM, aku dapat arahan untuk ke masjid Negara. Gila, aku akan pergi ke tempat ‘panas’. Manusia yang tak gila takkan pergi ke tempat yang begitu.

Hujan turun renyai-renyai membasahkan jalan raya ibukota, namun ia gagal menyejukkan suhu sekitar. KL MASIH PANAS!

Jalan aku susun tak betul. Kaki separuh menggeletar. Jika aku ditangkap, mungkin aku tak berjumpa isteri dan anak dalam masa yang lama. Mungkin 2 tahun, mungkin lebih. Itu lumrah dalam ISA. Akta yang tak kenal sebab. Jika kami nak kamu salah, maka kamu salah.

Sampai dikaki tangga masjid Negara, sudah ramai yang berbaju kuning. Aku cari pili air untuk berwudhuk dan solat zuhur. Masa qiam aku tengok langit. ‘tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan yang engkau redhai’. Udara lepas ini aku hirup dalam-dalam. Ini mungkin kali terakhir aku dapat solat di luar.

Tiada banyak basa basi dalam doa. Yang perlu aku katakana, sudah aku katakan. Aku turun menjadi teman reformis yang lain. Ramai rupanya dipintu utama. Aku melahap burger RM2 sepuas-puasnya. The last lunch bisik hatiku. Tiada holy grail kecuali air mineral botol.

Hujan turun lagi. Kali ini lebih lebat. Dalam 3,000 demonstran yang aku lihat, tiada wajah yang kesal. Semuanya yakin. Apa yang mereka yakinkan ya?
Demokrasi? Haha! Itu lawak. Democracy is merely a system. Jangan mati untuk benda rigid seperti itu. Pak lebai balut serban takkan mati untuk itu. Dia mungkin lebih kenal tembakau dari demokrasi. Aku tak rasa sebab itu.

Hujan seriyat. Aku dengar laungan takbir disebalik sana. Mesej dari rakan mengatakan matanya pedih terkena gas di masjid jamek. Aku ajak ke mari untuk second round. Dia tak reply.

Laungan bergema lagi. Dah nak mula dah kot. Aku berlari anak ke pintu hadapan. FRU dengan perisai plastic berbaris segak. Kamu buat itu untuk beri makan anak bini. Aku bisa paham. Tak mengapa. Tok guru haji hadi turun dari masjid. Segerombolan manusia tak tahu takut sudah sedia untuk berjalan. Ya! Pesta rakyat sudah bermula! Gendang sudah dipalukan, takut mati sudah tiada.

Barisan FRU tadi hilang. Bapa, isteri dan anak manusia merenyut keluar melalui pintu kecil masjid. Jalan raya yang sering diisi motokar kini dipenuhi manusia. Penuh! Hanya tinggal seinci-dua untuk udara jika ada sesiapa yang melepaskan angin.

Perjalanan diteruskan. Gema takbir dan slogan bersih bermain dilangit bibir. Jika toleh belakang, nampak muka manusia yang aku tak kenal, di depan ada rambut manusia yang aku tak kenal. Hampir semuanya aku tak kenal selain Amir Shaari penguasa di IKD yang jadi leader jeritan ‘bersih,bersih’. Hampir semua wajah yang aku tak kenal itu ikut sebut. Aku tak rasa mereka kenal Amir.

Kami berjalan lagi, tiba disatu simpang, rombongan kami bercantum dengan grup kuning yang lain! Waaahhh.. makin meriah pesta ini. Sorakkan makin kuat. Aku tak kenal pun mereka tetapi rasa seronok dapat bersama mereka.

Berita diterima yang mengatakan rakan-rakan di’penjara’ dalam masjid jamek. Komuter, LRT disabotaj oleh penguasa. Mazidul akmal sidek betul! Jalan raya pula di jem kan dengan sengaja atas alasan rodblog. Kami ini jahat sangatkah? Berapa orang anak adam yang sudah kami bunuh? Berapa rumah yang kami dah bakar? Atau kamu takut melihat cermin dengan wajah hodoh kamu sendiri.

Sampai disatu selekoh aku berpeluang tengok belakang. Ya Tuhan! Ramainya manusia. Dan di depan, ramainya manusia! Apa mereka tak takut kehilangan kerja? Dihukum AUKU atau dibelenggu ISA? Kenapa begitu ramai?

Sampai di Istana Negara para peserta yang tertib seperti aku duduk diatas jalan raya basah. Kami diam sambil cuba mendengar bisikkan nyamuk abg Mat Sabu. Dia cakap guna 3 pembesar suara dan aku masih tak dapat dengar. Mungkin kerana dia lebih satu kilometer dari aku. Bagaimana dengan insan2 yang berada 2-3 kilometer dibelakang aku,.mesti tak dengar juga pujuk hatiku. Bila orang sorak, kami sorak, bila orang tepuk, kami tepuk. Kadang-kadang kami over tepuk kerana melayan kebosanan. Haha! Hilang sebab.

Helicopter polis yang cemburu dengan tepukan hebat kami berlegar-legar di udara. Hovering nya memang sengaja. Bilang kipasnya mengeluarkan bunyi low frekuensi yang mendatangkan stress dan keletihan tanpa sedar. Aku belajar benda-benda ni. Semuani provokasi polis agar kami hilang kesabaran. Hamburkan cemburumu ditempat lain kawan, aku cuba mendengar bisikkan nyamuk disana! Bilah kipasnya membelah udara lagi. Bingit. Memang bingit!

Selepas beberapa laungan reformasi dan takbir, orang yang tak kami kenal dihadapan minta kami semua ke masjid Negara dan bersurai. Dah habis dah?

Kami berjalan bersama-sama pulang ke masjid Negara. Kali ni aku ikut chegu bad dan black. ‘kiri , kiri masuk kiri’ jeritnya sebelum sedar masjid Negara kena ikut jalan kanan.
Dalam perjalanan singkat itu, kami terserempak dengan trak FRU yang tersangkut dalam jem ciptaan mereka sendiri. Haha! Mereka dalam perjalanan ke istana Negara kah? Kesian!

Tiba di masjid Negara, pintu gatenya dikawal FRU, tak boleh masuk untuk solat Asar. Tak mengapa, banyak lagi masjid kat KL ni yang sudi terima dahi aku. baik jangan buang masa memujuk FRU itu. Buang masa.

Aku jumpa kiki dan epul dan stevely. Kisah-kisah hebat dihamburkan didepan kopi di CM. waaahh… selepas penat, memang bes kalau kena kopi! Aku ketagih kopi mungkin.

Sebelum solat asar di masjid jamek, aku sempat jumpa rakan-rakan dari Gombak, hamsah, maharul dan wan di. Agak kecewa mereka kerana gagal ke Istana Negara.
Aku bilang, mungkin lain kali. Maharul kata dia nak buat lagi sekali esok. Haha.

Puas. Aku dapat bayangkan lautan kuning yang lebih heat jika rakyat tak ditakutkan dengan penjara setahun, road blok ,sabotaj komuter dan berbagai dongeng pak pecacai berita.

Hari ini, berhampiran dataran tak merdeka terbukti, rakyat tak takut kena buang kerja, tak takut kena buang kolej dan berpisah dari anak bini. Mereka ini patriot sejati. Bukan perusuh. Mana ada rusuhan?

Mereka ini pahlawan sejati. Negara takkan runtuh jika ramai manusia seperti mereka ini, yang mengatakan yang hak walaupun ianya pahit. Yang mengatakan hak walaupun pedang diacukan ke leher!

Hari ini aku bebas lagi.

2 Responses to Catatan seorang demonstran

  1. Sinatra_Z berkata:

    60 000 orang muncul di rumah terbuka Zakaria Md Deros.
    Rakyat Malaysia memang meriah.

    http://web7.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id=295473

    Inilah Realiti sebenar.

  2. bongkersz berkata:

    hmm… ko kena bahagi 10 figure yang disebut tu.. baru betul🙂 biasalah media mlaysia suka heboh heboh.. 60k kepala hotak dia..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: