pasca pesta rakyat

artmalaysiaprotestapgi.jpgselepas pulang dari festival semalam, kaki aku melecet, aku lapar (hanya burger murah sebagai lunch), dan otak aku letih. aku balik dan tidor.

sekarang aku sedang merangka beberapa strategi untuk membebaskan minda rakyat terutamanya anak-anak muda.

aku sedang cuba membangunkan satu blog centre bagi mempromosikan blog sebagai satu media kebebasan berekspressi, media alternatif, dan pusat percambahan anak-anak yang enlighted. buat masa ini, ada beberapa orang sudah berbaiah untuk bersama menjalankan projek ini. namun, anda dialu-alukan untuk menyumbangkan kepakaran dan masa anda.

keduanya aku dan komrad2 cuba untuk menyebarkan berita-berita yang anda tidak akan dapat baca dalam suratkhabar arus perdana. ini cuba dilakukan dgn metod yang kuno iaitu pampleting. haha. sukarelawan juga diperlukan.

nampaknya masa aku bersama safiah semakin sedikit walaupun tidak ditangkap.

gelombang semalam harus diberi momentum sewajarnya agar tidak terus pudar dan hilang. ini tugas kita bersama.

harus aku tegaskan, ini bukan kerja politik berpartisan. aku TIADA APA-APA jawatan dalam parti politik dan tiada apa-apa kepentingan langsung. apa yang aku mahu ialah malaysia yang lebih sihat dan bagi aku (dan ibn farabi) rakyat perlu ‘sihat’ sebelum mendapat negara yang sihat.

namun aku akan tetap cuba untuk meluangkan masa untuk masukkan entri blog yang berkualiti sekerap mungkin dan sebaik mungkin.

dengan izin Tuhan, jika kita bersama-sama, angin perubahan akan datang tidak lama lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: