Surat –surat kalau aku kena penjara 10.11.07

Surat Satu

Ya Tuhan, hambamu ini sedar dia sering bongkak dan angkuh terhadapMu. Dia juga dengan sedar sering biadap denganMu.
Tapi hambaMu ini tahu yang Kamu tahu (sesungguhnya Kamu Maha mengetahui) yang tak sedetikpun hambaMu ini pernah lupakanMu, hatta ketika dia berlaku serong.

HambaMu ini tiada pernah berTuhankan selain dariMu. Ya Tuhan, Kamulah Tuhan ketika hambamu ini senang dan susah.

Kalau elok bagiMu maka eloklah bagiku. Hambamu ini serahkan batang tubuhnya dan nyawanya padaMu. Ia tak pernah jadi milikku.

Jika ada ruang kasih Ya Tuhan, baikkanlah keluargaku, umat Muhammad seluruhnya. Jagalah keluargaku dari api narakaMu. Hambamu yang kerdil ini tahu, jagaanMu lebih baik dari jagaanku sendiri. Dan anak-anakku yang tidak berdosa itu, jagalah mereka. Tiada lagi yang hambaMu ini harapkan melainkan Kamu sahaja.

Surat Dua

Mama dan abah. Jon tau yang semuanya akan marah setelah apa yang terjadi. Jon tak terkejut dan dah tahu perkara ini akan terjadi. Sebab tu jon tulis surat ni siap-siap. Bijak kan anak mama ni?

Jon takdak alasan nak bagi untuk justify tindakan jon. Jon pun malas nak salahkan orang lain terutamanya kerajaan sebab semua orang tahu jahatnya mereka.

Jon cuma nak bagitahu bertapa teringinnya jon nak peluk mama dan abah. Peluk erat-erat. Kenapa jon tak pernah peluk mama n abah sebelum ni taklah jon tahu. Mungkin sebab ego kot. Atau mungkin ia symbol kejantanan. Hahahaha. Sekang baru nak nyesal. Kaklia, tolong pelukkan depa untuk jon~

Surat Tiga

Ika ika sayang! Hanya engkaulah makhluk yang layak dipanggil kekasih. Penampung tulang belakangku sehinggalah hari ini. Terima kasih sayang.

Bila ingat balik sejarah panjang kita, masa gelak dan sedih. Masa tu semua dah berlalu. Mari kita gelakkan masa lalu! Bertapa bodoh dan tabahnya kita. Bertapa berani dan gopohnya kita. Ketawa dan ketawalah lagi!

Ika, masa depan mungkin nampak gelap. Sebenarnya, sejak kita bersama, kita tak pernah tau pun apa nak jadi masa depan,kan? Tapi setakat ni, ok je, kan?

Jon tau ia akan jadi susah sikit tanpa jon. Tapi jon yakin, Allah akan tolong awak. Jon dah taktau nak mintak tolong sapa sebenarnya.

Awak buat la apa yang patut. Apa sikit yang jon ajar awak selama kita bersama ni, harap-harap akan beri kefahaman tentang apa yang jon buat dan kenapa jon buat semua ni. Jon tak kesah kalau awak tak bangun dan lawan untuk jon. Awak tu bukan jenis macam tu. Jon tau. Duduk rilek dan tunggu jon.

Anak-anak kita tu awak buat la apa yang patut. Janji besar jadi manusia yang tak penting diri. Ajar depa untuk berkongsi walau satu biskut meri. Ajar depa untuk jaga each other. Ingat, jangan selalu marah dan tengking, nanti awak akan send wrong message.

Ia akan jadi sesuatu yang sangat susah dan panjang sayang, dan yang paling sedih, jon takder nak tolong awak. Maaf. Jon sayang awak.

Jon janji sayang, insyaAllah jika panjang umur, satu hari nanti kita akan duduk kat tepi pantai, pada waktu malam, sambil minum kopi, sambil tengok bintang, jon akan kata kat awak, “awak ingat tak masa dulu? Masa kita susah, dan masa kita senang. Semuanya dah berlalu. Mari kita ketawakan masa lalu”

Surat Empat

Buat ibu dan bapa mertua ku, kakak2ku, dan saudara mara aku. Maaf kerana perlu susahkan kamu semua. Tolong jaga ika seadanya. Jon tak boleh janji apa-apa. Hanya Allah mampu balas jasa baik kamu semua. Dan setahu jon, Allah la yang paling bagus kalau nak mintak balasan. Maaf kerana perlu susahkan kalian. Maaf sangat-sangat!

Surat Lima

Buat seluruh rakyat Malaysia dan seluruh umat manusia. Islam diturunkan untuk bebaskan manusia dari ditindas oleh makhluk Allah yang dinamakan manusia. Jangan tunduk atau takut kepada manusia.

Penjara ini bukan menutup kebebasan aku. Aku bebas. Aku merdeka. Ia cuma batang –batang besi yang disusun agar jasad aku tidak dapat pergi kepadamu, satu per satu dan bisikkan bertapa nikmatnya kebebasan itu. Kebebasan tanpa takut. Jeriji ini pula yang dibuat untuk takutkan kamu. Jangan takut! Kerana kebebasan itu dirampas kerana takut.

Berdirilah dengan dada mu tinggi. Sebagai manusia yang bebas. Bukannya tunduk sebagai hamba, penuh takut dengan makhluk Allah juga.

2 Responses to Surat –surat kalau aku kena penjara 10.11.07

  1. Sinatra_Z berkata:

    eleh jiwang gila jon, aku pun pegi gak takde lak nak bersurat surat. hahahahaha hiba sial.

  2. bumilangit berkata:

    bila samurai keluar untuk bertarung, dia persiapkan dirinya untuk mati.
    tapi seringkali musuhnya lah yang mati. ccheeeeewwwaaaahhhh~

    ko pegi ke? kat mana?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: