bila parti tapewey bersidang

(pengenalan; adapun Tupperware ini makhluk baru dalam alam melayu. Dulu ia dikenali sebagai ‘sia’ atau mangkuk tingkat, namun tidaklah kita mahu memanggil Puteri Umno in sia atau mangkuk tingkat kerana buruk bebenor walaupun sememangnya sama sahaja).

Tapewey (Tupperware) ini sering berkumpul dalam parti tapewey. Didalamnya ada beberapa jenis tapewey kerana berlainan mereka antara satu dengan yang lain. Ada tapewey yang mulia sikit, iaitu yang bertudung. Mereka ini memenuhi syarat tapewey untuk menyimpan makanan.

Ada satu lagi jenis iaitu tapewey yang tudungnya hilang, jenis ini tiadalah berguna selain untuk mencebok berak dan kencing.

Pada hari selasa lepas, dalam sebuah parti tapewey yang besar dan gemilang, berkumpullah sekalian tapewey dari seluruh pelusuk alam melayu. Untuk menunjukkan kesatuan tapewey, mereka memakai unifom. Dikalangan tapewey-tapewey itu, iaitu yang bijak-bijak dipilih untuk memberi ucapan.

Kita mesti mengangkasakan tapewey jerit satu perwakilan tapewey. Gemuruh tapewey-tapewey diketuk tanda sokongan. Adakala macam kompang orang kawin.

Bangun seorang perwakilan tapewey dari utara berpantun,

anak itik mati lemaih,
mati dalam ayaq masen;
(part ni aku tak ingat)
Mati budi kerana miskin!

Perwakilan bertudung yang manis ini control comel. “sayang, muka mu chantik tetapi otakmu mereng”.

Rupa-rupanya parti tapewey ini ada masalah kerana mereka sudah tak disukai dan dibenci orang ramai. Kanapa? Kerana mereka ni mempunyai satu penyakit yang marabahaya dan berjangkit. PENYAKIT CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI.

Haaiii cik tapewey! Mati budi kerana miskin yek? Orang miskin ni hina sangat ke? Mai aku nak Tanya sikit, masa rasuluLlah wafat dulu, berapa banyak asset dia tinggalkan kat isteri-isteri dia? Berapa banyak gudang? Berapa banyak unta? Takleh jawab? Memangla tak boleh sebab takdak!

Ada seorang sahabat ni, seorang hartawan sebelum memeluk Islam. Punyalah kaya, bila dia lalu orang akan tahu itu dia tanpa melihat dia kerana perfume yang digunakan itu punyalah mahal, dia seorang je yang mampu beli. Sahabat ni peluk Islam, tinggalkan kekayaannya, dan masa dia meninggal, dia cuma tinggal sehelai kain, yang kalau tutup kaki nampak kepala, tutup kepala nampak kaki. Hina ke dia ni?

Parti tapewey itu diteruskan dengan perbahasan2 kosong, yang menunjukkan tapewey2 itu kosong, samada bertudung atau tidak.

Selamat bersidang!

bat-tupperware.jpg

cara menangkap kelawar dgn betul menggunakan tapewey

2 Responses to bila parti tapewey bersidang

  1. bongkersz berkata:

    ko ada pergi persidangan parti tu ke?😛

  2. bumilangit berkata:

    aku tak pakai tapewey. heheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: