enjet-enjet semut

semut.jpg

enjet-enjet semut, sapa sakit naik atas!
enjet-enjet semut, sapa sakit naik atas!
enjet-enjet semut, sapa sakit naik atas!
enjet-enjet semut, sapa sakit naik atas!

tangan adik yang merah dicubit itu pantas disentap dan diletakkan di atas tangan kakak, dicubit pula kuat-kuat; adegan membalas dendam.

aksi ini diulang-ulang sambil dinyanyikan dengan irama dondang sayang- lunak sekali.

bodoh tak? tu la permainan aku aku selalu main kat kampung aku dulu, kg hutan setali. aku bodoh dulu. (sekarang pon bodoh jugak)

kamu nak tahu apa maksud lagu itu? lagu itu adalah lagu dunya. lagu bagaimana dunia berputar atas ke bawah, macam roda. manusia kerdil yang lemah ditindas, ditekan sehingga lunyai. namun kaum yang lemah ini akan naik semula, bangun melawan kekejaman ini dan naik ke atas. bilamana di atas, kaum yang dulunya ditindas kini menindas pula golongan di bawah. sehinggalah aragon yang kehilangan tahta, kembali untuk mengklaim susur darah diRaja nya. kisah ini berulang.

aku rasa horkheimer pernah dengar lagu enjet-enjet semut. ini pasti kerana lagu ini tiada di indonesia. atau mungkin orang indonesia menyanyikan lagu ini. itu mungkin juga. horkheimer menyarankan agar revolusi (dan reformasi?) tak perlu dilakukan kerana pernggantinya akan mengopres seperti mana pemerintah sebelumnya.

kamu tahu bagaimana nak hentikan putaran dendam dan dengki ini?

GUNAKAN RIDSECT!

2 Responses to enjet-enjet semut

  1. azrul berkata:

    ya, generasi seterusnya akan mengopres sepertimana pemerintah sebelumnya. betul.
    rasanya kita tahu akan perkara itu, tapi kita masih berpegang pada harapan. sebab itu kita buat reformasi dan revolusi.
    kerana kita berpegang pada harapan bahawa dalam proses mengganti itu, ada satu saat kebahagiaan yang semut terbawah itu rasakan. walau buat seketika.

    mana nak cari ridsect kehidupan?

  2. matkangkung46 berkata:

    pusing-pusing, guling-guling macam tenggiling

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: