halal dan haram dalam Malaysiaku gemilang

malaysia sebagai hub (bukan hab, tapi hub) halal antarabangsa yang terbilang gemilang adalah negara yang paling halal atas muka bumi ini. halal? halal tu apa? halal tu tak campur babi la, ada cop tulis jawi rengkoi2, yang tu pon tak tau ka?

kat penang minggu lepas ayam dipotong kepalanya secara tak halal. halal? mungkin mereka suruh babi sembelih ayam tu kot. ala, samak je la. bikin malu negeri paklah saja.

tadi keluar cerita laksa cap cabai dikilangkan berhampiran kilang babi. apa la korang nak kecoh2? bukan laksa tu letak babi. kira halal la tu kan? kan?

korang penah makan kat chillis tak? sushi king? victoria station? ada tanda halal tak? steakhouse? daging mereka semuanya halal yang diimport dari NZ. ada tanda halal. halal la tu.

kat MALAYSIA yang haram cuba gerai-gerai haram yang tak mampu nak mohon lesen peniagaan dan bayar sewa yang mahal, apatah lagi sijil halal jakim. haram walaupun tak ada babi.

cukup la tu kawan2, walaupun california rolls tu sedap, tapi sushi king ni tak halal. tak dak sijil halal. cara menyediaan steak kat steakhouse yang mahal-mahal juga risau diperap guna wain untuk menambah manis daging. sebab tu la sedap.

malaysia ku gemilang melalui jakim GAGAL, FAIL dan hancus untuk menjaga sempadan halal dan haram dalam negaraku tercinta ni. lihat saja di super market, bahan beralkohol seperti ubat batuk dijual secara meluas. malah hospital kerajaan pon bagi ubat beralkohol.susu bayi berfomula diragui dicampur organ manusia dan kebanjiran pasaraya dari luar seperti tesco dan carrefour turut membawa produk yang diragui halal dan dipamerkan bersama, dalam satu rak bersama makanan yang halal. contoh mudah ialah mee segera dari korea. aku tak la kisah sangat korang nak letak dalam satu rak sebab ia tidak menjejaskan keyakinan aku terhadap kehalalan produk itu namun ia patut dipisahkan untuk mengelakkan kekeliruan atau dilabel secara jelas, non halal atau haram.

banyak lagi perkara yang kita tak tahu sebenarnya kerana pihak yang bertanggungjawab dan dibayar gaji setiap bulan untuk melakukan kerja ini GAGAL untuk menjalankan tugas mereka. atau mungkin kuasa yang diberi tidak cukup. apapun, sistem ini jelas gagal. gagal memberi kita maklumat yang tepat samada produk itu halal atau haram. pengilang susu fomula takkan tulis kat bahagian ramuan, mengandungi organ manusia sebaliknya mereka gunakan istilah2 yang membuatkan kita malas nak baca lagi dah.

mungkin sebab inilah hati rakyat malaysia semakin gelap. nak cari syafie, terjumpa jin. isk isk isk….

2 Responses to halal dan haram dalam Malaysiaku gemilang

  1. Anouhea Audiya berkata:

    mak support uols beb!… mak linkage’kan uols blog kepada blog Ai!

  2. bumilangit berkata:

    selamat datang ke dunia ‘talk as u please’. dunia ini aku dan kau yang punya, tiada penguasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: