gila khinzir

gila khinzir. tersembur ucapan itu depan teh tarik sarapan aku pagi tadi bila menjeling akhbar tamil nesan yang dibaca pemuda india sebelah meja aku.

gila khinzir. gambar fru buat bereked manusia, jentolak merobohkan bangunan dan gambar insan yang berdarah kepalanya.

aku tak reti baca tamil. menyesal pula dulu tak pergi sekolah tamil. aku tanya mamak waiter tu, apa dia tulis. katanya pihak berkuasa tempatan robohkan kuil kat shah alam.

gila khinzir. sampai macam tu sekali?

aku istighfar panjang

teringat aku kes roboh surau kg berembang dan surau bunjal di terengganu, menyirap darah aku ketika terbayang semula brader yang diseret keluar dari surau. teringat aku tangisan makcik tua. itu muslim. kali ni hindu pula yang kena.

pikiran aku terus terpikir hubungan hindu islam yang dah sememangnya renggang. benar. cuma tak nampak. tapi bila kita baca tamil nesan tunjuk gambar2 macam tu, reaksi aku tentu tak berbeza. namun dalam akhbar melayu tiada apa2. api sentimen yang ditabur berselerak dalam akhbar tamil, tapi kita tak tahu apa-apa. ini bahaya. kan?

aku salahkan semua ini pada PBT. pada pikiran singkat nak tunjuk power dan ‘keadilan’. ini bodohnya encik! bodoh!

aku teringat kisah sultan muhammad fatih ketika masuk hagia sofya iaitu gereja era byzantine di istanbul. setelah beliau berjaya memasuki kota itu, beliau masuk ke gereja itu, meminta askarnya membersihkannya dan menyimpan tanda2 salib dan solat jumaat di dalamnya. tanda-tanda salibi masih dapat dilihat sehingga hari ini.

ini berbeza dengan sikap tak bertamadun tentera kardinal dari rome yang sebelumnya menyerang kota itu dan meraikan kejayaan mereka dalam gereja itu dengan arak dan wanita. dalam sophia itu.

aku kagum dengan kebodohan PBT. bukan saja dalam kes kuil hindu, malah dalam kes-kes yang mempunyai sensitiviti agama yang lain. kenapa perlu pukul? kenapa perlu roboh paksa? tak reti nak bersembang dulukah? tiada berbincang dulukah?

dan samy vellu. ini bukan soal undi. jangan kamu politikkan dan mengambil publisiti murahan dalam kes ini. amaran ini untuk semua.

bila kita mendabik dada, kita ini hadhari, bertamadun dengan tangan berlumuran darah. berdialog! itu cara manusia bertamadun. kita gagal cari kata sepakat, masuk mahkamah. biar jelas hitam dan putih. biar didengar kedua-dua pihak. baru la bertamadun. ini tidak, berlagak sombong. hidung tinggi dengan kehormatan yang Allah pinjamkan.

cuba apply ini kepada semua kes. di kampung berembang misalnya, pihak jais kata surau itu TIDAK BOLEH diroboh selagi ada orang nak guna. dan kes hakmilik tanah masih dalam mahkamah. PBT pula berlagak menjadi anjing pemaju. tak pedulikan undang-undang. ROBOH! tanpa ada tatasusila.

sama la dengan kes kuil ini. jika orang ramai dapat dipahamkan dengan maklumat yang sahih, sentimen akan terkakis sendirinya. emosi akan dapat dibendung dengan baik. tanah kerajaan yang dibuat kuil tu nak roboh cepat2 nak buat apa? nak buat car park?

penutup kata, dalam masyarakat asia yang religous persona ini, haruslah kita jaga perasaan sama-sama. jika kita salah, angkat tangan dan mengaku salah, jika kita benar, buktikan perbuatan kita benar.

‘ROBOH SURAU DAN KUIL, SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN TAK RASIONAL’

Allah lagi tahu

3 Responses to gila khinzir

  1. bumilangit berkata:

    di turki aku jumpa haghia sofya, sebuah gereja. ketika di rome, gereja kecil juga dipanggil sofia. sofia tu maksudnya gereja ke?

    tunggu siri akukah odisi, nanti aku cerita lagi

  2. leokid berkata:

    sophia tu dari perkataan greek, meaning “wisdom”

    the term “philosophy” simply means “love for wisdom”

  3. bumilangit berkata:

    owh, wisdom rupenye. macam a place to find wisdom atau a place of wisdom la kot.

    aku taktau… dah hampir semua sofia yang aku pegi gereja, aku ingatkan awek bernama sofia. kecewalah lagi~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: