paklah akan lindungi saksi; tapi…

pak lah kata dia jamin keselamatan saksi jika individu yang merakamkan aksi VK lingam (correct!) keluar dan membantu siasatan.

paklah tak mampu nak lindungi saksi sebab pertama, pengawal keselamatan tak boleh tidur. kalau jaga penjara, pak guard yang tidor boleh membuatkan banduan lari.

paklah ni janji dia tak boleh dipegang, dulu janji islam hadhari, islam maksudnya selamat, tapi kat malaysia sekarang kat radio berputar iklan supaya tak biarkan anak keluar rumah sendirian. kat surat khabar tiap-tiap hari cerita rogol, rompak, ragut dan yang terbaru, polis kena bunuh. islam kata, aman tu sampai kambing biri-biri selamat dengan serigala. islam hadhari? nope!

pak lah janji nak benteras rasuah. islam kata tak boleh rasuah. (yang aku buat dulu tu aku nyesal! haha!) semua rakyat sokong masa PRU11. semua orang percaya. tapi sekarang semuanya bersepah! isu-isu rasuah dibuat tak endah. dari port klang, skru driver, kapal selam, sukhoi ke vk lingam semua masuk bawah karpet lepas tu suruh rakyat tengok atas langit ada ‘angkasawan’.

paklah taktahu apa yang dia cakap, macam isu angkasawan baru-baru ni, FAQ angkasawan.gov.my kata;

Q1. What is the total cost of the Angkasawan Programme?
The Angkasawan Programme is an offset project given by Russia when the Malaysian Ministry of Defence (MINDEF) purchased a fleet of Sukhoi SU-30 MKM fighter jets. In other word, this programme is free.

tapi paklah kata dalam surat khabar “walaupun pembelanjaan menghantar angkasawan ini besar, tapi berbaloi”.

paklah ni tak tahu la apa aku nak cakap. dia lancar WPI untuk jadi putrajaya kedua. dalam masa orang meragui kejayaan WPI, dia dengan konfidennya lancar EastCER dan NorthCER dan lagi satu kat sarawak. sometimes i wonder, does he even know what hes doing? dalam satu masa dia kata negara kita banyak duit untuk melancarkan projek2 mega macam ni dan satu masa yang lain subsidi minyak untuk marhaen tak dia tambah dan mungkin ditarik balik, tol naik, harga barang gunaan naik. apa logik yang paklah pakai?

pak lah, sudah lah. jangan kata nak lindungi saksi, lindung kepala anak dan isteri kamu dulu. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: