akukah odisi part 2

odisi aku yang pertama ketika aku buat perjalanan umrah tahun 2002. grand voyage ini mengambil tempat apabila ketika naik moto dan aku ‘rasa’ macam nak pergi umrah. so aku terus pergi travel agent dan tanya pakej umrah untuk bulan ramadhan tahun tu. kalau tak silap aku RM6,000 kot (kos darat tak termasuk tiket). mahal gila! baik aku pergi haji terus, lagipun mana la aku nak cekau duit banyak tu?

aku tukar plan, KEBETULAN ustaz daud che ngah datang tempat aku bagi ceramah, memberi peluang untuk aku tanya jalan lain untuk aku sampai ke sana. dia baik line baeeekkk punya. menyeludup masuk ke tanah haramdengan paspot. style kan?

masalah nak masuk tanah haram ni, ko kena ada visa umrah. kalau nak ada visa umrah, ko kena ada mutawif dan resit deposit hotel, kat sini la kos naik masa bulan ramadhan. aku pergi bukan nak tidor hotel. 10 malam terakhir maaa… cut long story short, aku berjaya dapatkan travel agent yang sanggup ‘buatkan’ resit deposit hotel dan visa dengan harga RM500 saja. rasuahnya RM250. did i mention that aku dapat tiket free tiap-tiap tahun untuk ke mana-mana saja di dunia ini kecuali antartika dan artik. 

so aku bawak satu beg sandang kecik, kamera pakai buang dan boot pakai buang sebab kalau nak naik kapal kena pakai kasut, kalau tak kena tendang, kompeni regulation. aku bawak duit RM400 cash dan RM1,000 dalam maybank sebab ada mangkuk mana ntah kata boleh draw dari sana guna visa plus.

sebab ni prjalanan pertama back packing low cost and high risk aku, perjalanan ke KLIA memang jauh. ali, driver alias cikgu alias pemiutang aku pasang lagu arruhul jadid dan search bagi menguatkan semangat aku. masa ni aku dah ready untuk gagal. aku dah ready untuk mati, jika perlu. aku even dah siap wasiat. hahhaha

aku sampai kat KLIA, naik flight dan sampai kat jeddah. ok. part ni paling cuak, nak melepasi imigresen dengan visa salah. aku selit masuk dalam rombongan lain, yang ada unifom dengan mutawif kat depan. bila sampai turn aku, pak arab tu cakap apantah aku senyum je. sebab awal pagi, mungkin dia pon ngantuk dan malas nak layan aku, dia cop aku bagi paspot aku. fuuuhhhh….  kalo kantoi tu silap2 kena hantar balik malaysia dan siaplah aku nak menjawab dengan imigresen malaysia.

aku duduk kat airpot jeddah agak lama, tunggu ‘kawan ejen’ aku kat sana untuk pulangkan ‘deposit hotel aku’. aku tunggu punya tunggu nak sampai tengah hari dah, dia tak nampak rupa. dari subuh tadi sampai la ke tengahari, aku tunggu punya tunggu, dia tak datang2 jugak. van dan bas ke mekah/madinah dah semakin berkurangan. duit aku ada rm400 je. kat situ takder ATM dah airpot akan tutup dlm pukul 2 ptg, bukak balik tgh malam.

aku belum niat miqat makani, jadi aku kena masuk ikut mekah. nak tak nak aku kena keluar dari airport ni. aku pegi cari teksi. driver tu kata dia tau jalan untuk pasang niat walaupun aku datang dari Malaysia, cuma kena ikut jalan jauh sikit. oleh kerana limited option, aku setuju naik bersama orang mesir. kalau nak tau orang mesir ni, depa punya bulu dada gulung kecik2. memang pelik. haha.

aku sampai kat tempat yang driver ni kata boleh pasang niat. aku turun bawak kain ihram aku. mamat dr mesir tanya nak buat apa? kat sini tak boleh pasang niat. memang tak boleh! pihak arab saudi dah siap pasang papan kenyataan besar gila kata tak boleh. sheep! setelah berbincang dengan mamat mesir ni, aku terpaksa dudukkat mekah selama lima hari, baru keluar balik untuk buat umrah. gila!

sepanjang lima hari aku duduk di  mekah aku hanya ada RM400, tolak tambang teksi tadi, ada la kot RM350. tambang ke madinah pula RM100. dari madinah ke airpot jeddah pula RM50. kira aku ada RM200 je untuk makan, pakai dan hidup kat bumi orang yang aku tak kenal sapapun.

duit RM 1,000 dalam maybank? aku punya kebodohan tak aktifkan visa plus kat malaysia, so tak boleh keluarkan dari sana! arrrggghhhh tensi~sepanjang aku duduk kat mekah madinah, aku bukak puasa atas belas ihsan Allah. makan apa yang Allah kurniakan kpd saudara2 aku yang sudi berkongsi pula kepadaku. bayangkan makan buah kurma selama 10 hari, nasi dua kali saja dan air zam-zam sampai kembung perut. kalau ada rezeki lebih, orang sedekahkan aku roti. segala puji bagi Allah. aku dapat tunjuk ajar straight dari Maha Guru. aku memang pengemis secara literal. sampai sekarang aku agak alegik dengan kurma

sepanjang aku duduk di tanah haram, setiap hari adalah keajaiban. setiap yang terjadi adalah magis. dan memang hidup mati aku, Allah saja yang pegang. sampai sekarang pun.

ketiadaan duit telah membuatkan aku berjaya duduk kat masjidil haram dan masjid nabawi hampir 24 jam sehari. aku berjalan keluar untuk menghilangkan lenguh kaki saja, takder mood nak jalan2 sebab duit takde. banyak kebaikkan Allah telah kurniakan kepada aku sepanjang aku kat sana.

menyesal? TAK! kecuali bab aku rasuah untuk buat visa tu je. mungkin sebab tu ujian aku hebat. semoga Allah ampunkan aku.

masa aku sampai kat airpot jeddah balik, duit dalam poket hanya riyal 10 je kot. aku beli baklava (masa tu aku taktau baklava tu apa, main beli je) masa time peramugari hidang makanan, ya Allah, aku hepi giler! latihan aku dah selesai….

next odisi ke niu jie, beijing untuk breakfast (serius!)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: