bicara bersama ‘bicara sama awan’

aku jumpa kiki disebuah tempat yang dirahsiakan untuk membuat rancangan menakluk dunia (hwa hwa hwargh!). sambil aku makan nasi ayam, diskusi kami berpaksi pada penulisan blog dan rancangan untuk menakluk dunia. 

ujar  kiki, blognya untuk menceritakan tentang dirinya dan persekitarannya, tak mahu bergaul dengan politik dan partisan.

aku selalu hormati kiki, cakapnya beralas sopan; pikirnya geliga. tapi yang ni aku terpaksa tak setuju, politik dan partisan adalah kamu samada kamu suka atau tidak, kerana ada tiga jenis orang kat malaysia ni, 1)aktif politik 2)benci politik       3)apologetik- tak kesah.

golongan pertama dan kedua dah memang termasuk dalam orang yang politically conscious. mereka sedar apa itu politik, ianya bukan sekadar politik berparti tapi sebahagian dari hubungan individu dengan individu yang lain. jika anda basuh kereta bapa untuk dapat upah rm5 pun boleh dikira political interest. mereka tidak menganggap politik itu cuma menggantung bendera, dan berceramah dan pengundi hantu, tetapi berupaya melihat setiap hubungan, bukan hanya hubungan antara bandar atau pentadbiran sebuah negara. orang yang benci politik ialah anti social. hehe

golongan ketiga adalah golongan tak kesah. hidupnya adalah untuk makan dan minum, tido kemudiannya bangun semula untuk makan dan minum.

macamana pun ketiga-tiga golongan ini bagaimanapun terlibat jika political power di dalam negara disalah guna. barang naik,  salah guna wang rakyat dan lain-lain. suka atau tidak, kita dah memang terlibat dalam sistem politik ini. join dan betulkan atau ketepi dan ditindas. 

jadi dalam negara yang menjunjung demokrasi sebagai cara dan kemuliaan insan sebagai alat, kita sepatutnya mengambil tahu dalam hal pentadbiran negara. negara wujud kerana kita. sebab tu takde negara kat gurun sahara. cuba kalau ada orang kat situ, mesti ada negara baru.

masalah yang timbul adalah kerana salah paham tentang politik. politik itu kotor dan najis. jangan pukul sama rata! rasuluLlah juga berpolitik, macamana nak kata? rasuluLlah main najis? jangan jadi biadap! al Quran juga ada ayat tentang politik, amacam?

demokrasi kat rakyat malaysia ni, kalau ikut carta tumbesaran manusia, mungkin berumur 4 bulan, bayi yang belum kenal apa-apa. sayangkan? selepas 50 tahun merdeka rakyat masih bodoh demokrasi. cuba tanya maikcik jual nasi lemak atau cikgu sekolah rendah, apa itu demokrasi. aku yakin jawabnya pilihanraya! 

demokrasi ialah adalah kebebasan maklumat, budaya cintakan ilmu; dan dari itu baru muncul pilihanraya, setelah semua maklumat dan ilmu diambil kira; barulah kita memilih.

maklumat dan ilmu juga perlu disebarluaskan (macam kata al farabi) agar rakyat paham tentang politik ini secara jernih. bukan semua politik itu najis tau~

wuteveritis, suka hati ko la kiki, blog ko, PC ko, zakat fitrah ko pun ko bayar sendiri, bukan aku bayarkan. apahallak aku sibuk2 nak suruh2 ko, kan? jom anisup, esok, korang set time 

One Response to bicara bersama ‘bicara sama awan’

  1. […] bicara bersama ‘bicara sama awan’ Published February 8, 2009 Uncategorized hehe. Aku terjumpa ini. Sewaktu melayar-layar internet. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: