aku jumpa cikgu! alamak!

aku jumpa cikgu tu balik. dah lama tak jumpa dia. aku rasa dialah manusia yang paling menakutkan aku. kalau korang knal dia pon korang gerun. mmg angker!

masa tu aku dok minum milo kat kedai mamak belakang umah, sambil isap rokok baik punya. tetiba hati aku rasa tak sedap. rasa macam nak jumpa dia. aku dah siap plan kat mana nak buang rokok kalau dia mai.

tup tup dia muncul! aku kaget. tak sempat buang rokok! dang!! aku salam dengan dia dan chit chat sikit dan blah. wadduuhhh… tak rock betul perjumpaan kali ni. tak rock!

cikgu ni agak merbahaya. dia punya maqam dah tinggi tapi pakai pakaian orang awam. hati-hati la dengan orang macam ni. dia tak pakai serban atau tasbih bergulung-gulung, tapi ilmunya menggunung. dan yang paling aku risau ialah ilmu yang tembus hati! waaarrrgghhhh!!!! aku memang banyak dosa cikgu!!!

cikgu ni memang yang slow rock. nasihat dia bermadah. tak cakap tinggi selalu merendah. “cikgu bukan orang pandai” katanya selalu untuk perabis hujah. ustaz-ustaz yang tersohor  panggil dia tok syeikh, tapi tak pernah pun aku tengok dia pakai jubah.

teringat balik zaman dedulu, masa tu aku pun takder aku. tak silap type, memang aku takder aku. indahnya saat itu. sapa rasa sapa tahu~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: