amboi, mentang2 la aku buat diam…

tadi aku terserempak dengan member aktivis dari utara, sama-sama dulu kayuh gerek (beskal) pegi MADI dengar ceramah. itu cerita dahulu kala.

tadi aku terserempak dia, dia nampak lebih kurus dari aku. so kami sembang la over a cup of teh tarik and asap rokok. tup tup dia bukak cerita pasal AIC. haaa… tu dia aku kata!

dia pon cerita la pasal masalah AIC dulu-dulu, katanya nak buat program gempak2, nak tour satu malaysia, last-last penggerak dia lari sebab tak dapat duit jualan t-shirt. aku tanya dia, tau tak nama mamat yang lari tu, aku nak pi pukul. dia kata zul apa ntah. aku tanya dia, nama aku apa, dia jawab, “jon”. haaa punggah! patut la pon!

aku la mamat tu! hangguk!

dia terkejut. dia tau perangai aku dari dulu, cara aku dan pikiran aku tentang duit. masa kat perlis dulu dia tau berapa ringgit yang ada dalam poket aku (dulu aku takdak walet) dan berapa duit akuyang aku buang. hahahah… MEMANG dia tau!

aku hairan macamana cerita pasal tshirt AIC boleh sampai perlis. ni yang aku lemas ni. aku diam korang buat kerja tak senonoh macam ni, aku bising karang korang yang susah. kali ni aku akan jawab dengan terbuka.

isu t shirt:

satu ringgit pun aku tak amik dan satu ringgit pon aku tak kepingin nak amik. sepatutnya AIC berhutang dengan aku kerana bil telefon aku yang aku guna untuk negotiate harga termurah dan duit minyak dan kos teh tarik ketika keluar mencari tauke yang bagi murah. harga quotation tu plak yang paling murah kerana nak ASAP. walaupun tak sempat siap on time, aku tak rasa tu berpunca dari aku, itu masalah manufacturer la. memang senang nak cari kambing hitam. lagi bagus kalau kambing hitam tu belaan kamu. tapi aku bukan kambing hitam dan aku bukan milikmu! lalala~

isu bayaran untuk projek-projek AIC:

aku secara jujur tak tahu berapa banyak duit AIC yang aku dah telan kerana semasa aku menerajui AIC, sebab balance dalam akaun dia ada KOSONG! masa aku dulu takdak akaun bank. sekali lagi, aku tak nak ungkit bab bil telefon aku, masa aku dan lain-lain. semuanya dah hilang as if it never happens.

impian dan janji manis:

aku akui aku ada tabur janji manis dan impian. itu juga impian aku. bila semuanya berkecai, begitu juga impian aku. aku cuma mahu rakan-rakan bermimpi apa yang aku impikan. bila impian tu tak jadi kenyataan, patutkah aku sorang je yang salah? 

sialan kamu!

aku bagi amaran kepada sesiapa yang terlibat, jangan sembunyikan kelemahan diri sendiri disebalik kambing hitam. jangan ingat bila aku diam korang boleh pijak dan henjak kepala aku. nampak titik ni? tu tanda berhenti. sekali lagi korang serang aku, aku akan serang balik, kali ni secara terbuka. 

5 Responses to amboi, mentang2 la aku buat diam…

  1. szanawi berkata:

    sekali lagi ko kena serang.
    fikir biar jelas.
    akal jangan melintang dan mendatar.
    fikir biar tahu.
    akal jangan kau serabutkan.
    fikir biar kenal.
    akal jangan kau kelirukan.
    fikir biar arif..
    sesungguhnya mereka yang menyerang kamu.
    adalah anak kecil yang takut akan petir.
    lalu dalam selimut jadi sembunyian.

    hahaahahaa..
    rilek zul,
    jangan fikir sangat.
    natijahnya biar mereka tahu.
    kalau kamu diserang.
    fikir baik-baik.
    salam.

  2. Mushroom Ali berkata:

    Kambing hitam, kambing hitam
    mbek mbek mbek.

    Hahahaha.

    Oit bila kita nak pi minum yo!

  3. bumilangit berkata:

    pikir macam kambeng itam. mari pergi minum.. ari ahad di anisup.

    semua dijemput hadir

  4. bicarasamaawan berkata:

    ani sup! aku rindu sup! hahahaha

  5. adihamka berkata:

    aku akan menghadirkan diri jika tak ada aral

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: