resah, orang, susah dan pak lah

resah orang susah paklah taktahu. resah gelisahnya bila diumumkan harga benda naik dia sendiri tak paham. bila aku bilang tol nak naik hujung bulan dua belas, dia bilang aku naik motor. bila aku kata harga petrol naik, dia suruh aku jual keretaku.

resah orang susah dan gelisah hatinya dia sendiri tak paham. bila kos nak hantar beras dari kedah naik sebab bayaran tol dah  naik, harga beras pun naik. bila harga petrol naik, lagilah harga beras kena naik. bila harga beras naik, tauke besi yang makan nasi pun susah hati. bukan orang susah saja gelisah.

sebab harga petrol dan tol naik harga, ikan di laut pun naik harga. kenapa? ikan naik kereta kah? ya! kau ingat di jalan kaki kah pergi ke pasar? susah~ tauke besi pening kepala lagi.

harga beras dan ikan sudah naik harga. wang kertas yang tebal boleh habis sebelum tiba tanggal 15 haribulan. pekerja tauke besi mintak naik gaji. tauke kata, “amacam mau bagi?”

orang susah tambah resah. dulu kerja pagi balik petang, sekarang kena sambung sampai malam. sekarang memang tak payah bayar tol sebab kereta sudah kena jual. anak-anak mintak duit belanja lebih, katanya nasi lemak kat sekolah dah naik harga. “celaka punya tauke kantin, kalau macam ni aku la yang kena puasa”

mula-mula memang la tol dan minyak saja naik. lama-lama barang lain pon akan ikut naik. gaji ciput saja yang tak naik-naik. belanja dah kena kontrol, kadang-kadang kena hutang. tapi paklah kata negara mewah, rakyatnya semua hidup baik-baik.  

orang yang macam aku dan engkau dah dapat tengok masa depan. rakyat semakin melarat risau tak cukup makan. halal dan haram tak sapa nak pedulikan. kalau aku tak buat, anak bini aku sapa nak bagi makan? paklah tak kisah dok sibuk dengan angkasawan. lancar projek sana projek sini tapi kita masih kena buat overtime. buat apa nak nampak hebat kalau harga barang keperluan mahal-mahal? jurang antara kelas kau tak pikir nak rapatkan.

paklah kamu terus lah pergi ke luar negara. khairy teruslah kamu bohong umno ini pembela bangsa. rosma pergilah kamu pecahkan botol air yasin ganti champegne, rafidah teruskanlah kamu buat apa yang kamu dok buat.

resah gelisah orang susah sapa nak peduli? kamu semuanya hebat-hebat, makan disuap, berak dicuci.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: