jika malaysia akan runtuh, kamulah sebabnya bpr

ibn khaldun, dalam prelegomena (kalau tak silap aku) kata rasuah ni, bapak kepada virus dalam hal meruntuhkan tamadun. kamu tak perlu ada nuklear meletup di putrajaya, tak perlu ada ebola di kuala lumpur, cukup dengan rasuah dan sikap tak kisah (tak apalah attitude).

semalam bpr, badan dalam kementerian hal ehwal dalam negeri di bawah ketiak paklah buat kerja yang tak akan kita tengok grissom atau horatio buat dalam CSI, pulun soal siasat sumber bukti. memang benar bila kita lihat sumber bukti perlu benar-benar kredibel tapi ia tidak bermaksud melupakan laporan kejadian.

bayangkan macamni, suatu hari ada kedai emas kena rompak, maka kelam kalibutlah anda menelefon polis. anda pun bagitau dengan suara bersungguh-sungguh yang ada rompakkan dan ada orang cedera ditembak. anda ditanya nama dan kad pengenalan, anda telefon dari mana, mana kedai mana kena rompak, anda guna line apa, dah register line ke belum,  alamat penuh kedai tu, kedai tu ada lesen ke tidak ke tidak, no lesen kedai tu, no pendaftaran peniagaan, no kad pengenalan mangsa, no kad pengenalan perompak dan lain-lain soalan untuk memastikan dengan benar-benar pasti yang rompakan telah berlaku di satu lokasi yang benar-benar wujud. ini perlu untuk memastikan ini bukan panggilan palsu.

benarkah begitu?

apabila loceng dibunyikan menandakan ada sesuatu yang tak kena dengan orang yang dipercayakan untuk menegakkan keadilan, memberi hukum kepada yang salah dan membebaskan yang innesen, maka ini perkara hidup mati. mereka yang dituduh menyeleweng ini mempunyai kuasa untuk menghalalkan nyawa manusia dicabut. mereka yang menyeleweng inilah yang menetapkan yang itu betul dan yang ini salah. mereka yang menyeleweng itulah.

setiap insan, manusia yang ada akal, yang tahu salah dari yang benar perlu risau dan takut dengan keadaan ini. cukuplah kerajaan paklah merompak duit rakyat dengan projek-projek fansi seperti menghantar orang ke langit, roda eyes on malaysia dan sambutan kemerdekaan yang gila-gila dan menggilakan. sedangkan rakyat dibawah menggaru tanah untuk membayar untuk makan seharian.

dan hari ini mereka akan rompak kewarasan kamu pula, penilaian betul-salah kamu pula. hingga kita semua benar-benar gila,  dengan hakim yang gila dan PM yang lena

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: