PPP dan Ghandiji

sejak sepuloh  tahun lepas, aku mengalami suatu masalah penyakit yang kronik, nak termuntah bila tengok berita kat TV. kalau tengok jangan tidor lagi atau manjalara, ok la plak.

malam sabtu lepas, berbekalkan plastik kat mulut, aku tengok buletin utama. mula-mula datuk noraini menggesa semua sayap puteri dan parti2 komponen barisan nasional bersatu membentuk puteri BN. ini idea bagus.

kemudian keluar muka ketua pemuda PPP dengan muka hampir merah melolong “kembalikan kerusi kami! kembalikan kerusi kami!” aku pening.

muntah keluar dari semua arah. hidung dan mulut. bau tengik rendang dan kuih samprit menggigit tekak. ada juga secebis lemang yang tak habis dikunyah keluar. bweeeekkk…

nak kerusi kau balik? kau tengah main rebut kerusi ke? open house kau tak cukup kerusi ke?

muntah keluar lagi. istriku mengurut belakang dada aku. “udoh la tu, tutup je la tv tu. masuk spital nanti, anje juge yang kene jage”, katanye.

itu hari tu. sekarang aku akan pastikan aku akan kunyah lemang betul-betul sebelum tengok berita.

kalau orang lain bertanya, apa itu PPP, ingat jawapan ini, PadiapPa Party. makhluk2 dalam organisasi ini berlakon dan menjayakan karektor masing-masing, membela nasib rakyat, risaukan kenaikkan harga barang dan menentang rasuah. tapi malam sabtu lepas, salah seorang pelakon filem PadiapPa Party, terluncur cakap, aku nak kuasa, lebih kuasa. kuasa maksudnya wang. kuasa maksudnya wanita.

mereka ini hina! lumpur-lumpur dikaki ghandi- the great soul! encik ghandi seorang yang berjaya memerdekakan dirinya sendiri sebelum memerdekakan india. roh dan jasadnya sudah biasa berpisah dan nafsunya sudah menjadi hamba suruhannya. ghandi yang juga ahli sufi mistik ini masuk politik berparti nak tolong orang, bukan nak susahkan orang!

akan akan ceritakan dengan detail pasal mahatma ghandhi pada lain hari. buat masa ni, aku mahu pergi kerja dulu.

cherio~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: