2 peristiwa ketika nak p makan nasi dengan ayam madu

(peringatan awal: tulisan ini tak mempunyai info berguna, jadi kalau anda ada kerja lain, jangan buang masa baca tulisan ni)

seperti perjalanan odd-i-see ketika mahu pulang kepelukan penelope (hehe~), perjalanan yang aku tempuh untuk makan nasi ayam madu di hj tapah taman melawati juga tak kurang hebatnya.

dengan perut keroncong, aku masuk ke 7E di depan haji tapah untuk beli rokok, aku minta rokok dunhell 14, keras sikit pikirku. keluar saja dari tujuh E, aku terpandang dalam raga motor seorang mamat ni, ada 2 botol arak dengan plastik tujuh E. kat speedometer motor tu pulak ada 2 sticker dengan tulisan arab, satu bismilLah, dan lagi satu aku tak peduli nak baca. aku terus menjerit “sarcastic!”. kat plate motor tu ada sticker perkida. owh, self explainary.

perut aku memecut ke arah kedai haji tapah diseberang jalan. aku naik je tangga, jumpa makhluk alam yang paling tak hensem dan tak bijak untuk menjadi menteri, encik zainuddin maidin. “ait, tak pakai songkok?” gelak hati aku. perut aku menuntun aku ke tray ayam madu. aku makan, dengan riang.

memula aku terdetik jugak nak salam dan mintak maaf kat Zam ni, ye la, aku banyak kutuk dia. ye la, aku kan tak suka dia. tapi kemudian aku pikir, mungkin raya tahun depan kot, biar aku puas kutuk dia dulu. rumah dia dengan rumah aku selang berapa umah je.

lepas habis jamah nasi + ayam madu + sayur taugeh + teh tarik, hatiku segera menjadi senang.

 peringatan: jangan bagi tau benda2 ni kat PM paklah. ni pesan datuk zam 

One Response to 2 peristiwa ketika nak p makan nasi dengan ayam madu

  1. adihamka berkata:

    tang arak tu,standard la…’tiada paksaan dalam beragama’.kan?kan?kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: