harap

kalau nak menang dalam satu perjuangan, kita mesti ada skim, taktik, strategi untuk mendaki HARAPan untuk menang. tapi perjuangan bukan satu permainan yang hanya ada menang – kalah. bila melangkah masuk dalam medan perjuangan, masuknya kita telah terkorban (atau berkorban); masa, harta etc.

tapi paramountnya kita mahu menang. tapi bila perjuangan itu sudah kabur, maksudnya macam takdak HARAPan untuk menang, semangat untuk lawan akan makin kurang. aku takut perjuangan ini hanya jadi satu pengorbanan. korban-tewas-mati.

misalnya, bila SPR dah lingkup moralnya, pilihanraya bukan satu pilihan yang baik.

                  bila rakyat tak yakin yang perubahan itu boleh berlaku (oleh kerana SPR lingkup), rakyat bukan tentera yang baik

                            bila tiada lagi HARAPan untuk disandarkan (selain Tuhan), kerahan askar hanyalah untuk mereka mati 

aku tidak kisah sangat untuk mati tapi aku mahu menang. tapi tiada HARAPan. bagaimana,ya?

10 november ini akan dilakukan satu desakkan agar DYMM YDP Agung masuk campur dalam memberi kembali HARAPan kepada rakyat untuk mempercayai SPR. aku ingin bertanya, bolehkah kita HARAPkan DYMM Agung?

orang ramai sememangnya dah hilang HARAPan kepada kerajaan UMNO/BN. sungguh! cuba ceritakan kisah rasuah kapal selam, sukhoi dan pembelian alatan oleh Kementerian Belia, lihat riak  muka  mereka. Tiada yang akan terkejut beruk. yang menafikan pun hanyalah kera-kera yang terlibat dalam kes itu. yang lain hanya akan kata, “la… biasalah tu, siapapun yang pegang jawatan akan buat macam tu”

tiada lagi HARAPan

 jadi, gi mana ya dengan kotak pandora?pandorabox1.jpg

 

One Response to harap

  1. bumilangit berkata:

    aku tak berniat nak rendahkan DYMM Agung tapi aku yakin, banyak tangan2 halimunan yang akan menghalang baginda dari melakukan aksi.

    ini bukan thai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: