akulah odisi? part one

setelah makar dibuat untuk membawa pulang odisi ke pangkuan penelope kekasihnya yang setia, odisi pun dipersiapkan dengan kapal dan kru. odisi ni seorang yang sangat bijak, dia dah berjalan ke merata tempat.jauh perjalanan, luas permandangan.

keluar dari penjara cinta calypso, dia pun belayarlah membelah samudera, sambil bersiap sedia menerima seruan sirens yang menggoda. sirens ni punya suara yang seksi, merdu, mengghairahkan. tapi rupanya tidaklah aku tahu. lalu odisi arahkan kru untuk sumbat telinga dengan lilin agar tidak terperdaya dengan seruan manja sirens. walaubagaimanapun odisi tak pula berbuat begitu. dia memilih untuk diikat ke tiang kapal. maka dari sayup terdengarlah pujukkan sirens.

“bang, marilah bang…” kata sirens. “gila seksi!” bisik hati odisi. tangannya diikat kuat ketiang kapal mengganggu usahanya menggaru pahanya.

“sungguhku tak mampu, menahan rindu, ah~ ah~!” nyanyi sirens. mata odisi terbeliak. tak tahan beb~ . terbayang maya karin buat gelek gerudi ala-ala inul. air liur dia dah meleleh. bukti kejantanannya. “pusing!”

“pusing! pusing!” jerit odisi. krunya yang pekak badak oleh sebab lilin kat telinga tu buat muka derk je. sambil menyanyi lagu si luncai terjun dengan labu-labunya, mereka terus mengayuh.

“woi! lepaskan aku! aku mahu itu! aku mahu~” jeritan odisi tak putus-putus. dia nekad mahu sirens. dia tahu sirens jahat macam decepticon tapi dia masih mahukannya. dia tahu sirens cuma mahu tipu dan ini tipu daya sirens tapi dia tetap mahu. 

dia tahu, tapi dia tetap mahu!

suara tadi sudah sayup-sayup berlalu. “bang, jangan tinggalkan saya bang, saya tulen bang…” ada sengau sikit.

odisi lemah. air matanya meleleh. keringat membasahi baju. basah macam lepas kena hujan lebat masa naik motor kat federal highway. lencun.

krunya tadi lepaskan ikatan odisi. ketika pekena teh tarik, odisi ditanya, “awat yang hang gatai tak mau sumbat telinga dengan lilin macam yang hang suruh kami buat?”

aku mahu simpan kewarasan aku. noktah. walaupun perbuatan itu tak mencerminkan kewarasannya, tapi dia tak tutup telinga dan menafikan kemungkinan dia jadi kurang waras.

 suke ati ko la odisi…

episod depan; odisi mendarat di melaka dan tolong jual babi.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: