mari memakai songkok~

aku syahdu mendengar rayuan datuk Zam (zainuddin MAIDIN) yang meminta orang melayu mengekalkan dan mempertahankan budaya orang melayu dengan memakai songkok. suaranya yang mendayu-dayu memukul-mukul jiwaku agar memakai songkok. melayu mesti mempertahankan songkok! takkan nak suruh mamak yang pertahankan songkok! hidup melayu! hidup songkok! habis bab pertama.

bab kedua. mempertikaikan fakta

betul kah songkok ni budaya melayu ?

teori kedatangan songkok ke tanah melayu ni dikatakan masa zaman kesultanan melayu melaka. masa tu, saudagar dari turki membawa masuk ajaran sufi bersama barang dagangan mereka. fez atau tarbus yang dipakai oleh abdul wahab, abdul wahib dan abdul wahub itu asalnya dari turki. jika lihat gambar rumi pun, dia pakai fez tetapi dibalut serban. fez yang diperbuat dari baldu ini kemudiannya mengalami proses evolusi menjadi hitam dan bujur. inilah teori kedatangan songkok yang popular. adapun teori-teori pinggiran yang lain seperti songkok datang dari kedai mydin tidak akan dibincangkan di sini.

songkok juga dipakai dengan meluas di wilayah Islam India. malah di India, ia satu budaya yang menjangkau ras kaum. non muslim juga memakai songkok. kerana aku belum ke tanah india, maka aku taktau orang gelar apa akan songkok itu di sana. cuba tanya zam.

pakaian kepala melayu dulu-dulu yang asli ialah tengkolok, destar dan tanjak. ini juga bergantung kepada kawasan dan acara. biasanya, jika mengadap raja, songkok tak begitu sesuai. masa member aku terima sandang gayong dulu, dikena sound dengan cikgu silat pasal ni la. cikgu kata raja takboleh nak letak keris kat kepala macam kat negara pasir berdengung tu. terus terang aku katakan, aku pon tatau pasal apa raja tu nak letak keris dia kat atas kepala. aku pun takut nak tanya dia. keris dia panjang wwooo…. pendek kata, pemakaian destar, tanjak dan tengkolok lebih prominan dari songkok.

 jadi, pemakaian songkok bukanlah pakai tradisi melayu. takder apa nak dijeritkan sangat pasal songkok ni. kepada sedara Zam, kalau nak jadi sangat melayu, pakailah tanjak ke surau. ni muka kat surau pun tak pnah nampak. hehehe

paklahtido011.jpg

  PakLaHwan melayu segak bersongkok

  

2 Responses to mari memakai songkok~

  1. Orang biasa berkata:

    Melayu tetapi Melayu. Ada ujian DNA sekarang. Kenapa rasa diancam ?

  2. bumilangit berkata:

    haaa…

    dna kan la songkok tu. lepas tu ko dna kan jeanne, azeez, naina merican, zainuddin maidin, dan kadir syeikh fazir.

    lepas tu dna kan aku plak. aku kasi darah power punya, darah cekam kuku. hahahahah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: