demokrasi yang dipaksakan di asia tenggara

kisah pertama;

4 juta rakyat malaysia belum daftar mengundi dengan spr. alasan utamanya sibuk. kesibukkan itu boleh dipadamkan dengan paham demokrasi dan jika rakyat benar2 paham peri pentingnya mengundi. persepsi umum rakyat sekarang ialah sapa menang pun sama saja, mengundi pembangkang pun Bn akan main tipu dan mengundi tak mendatangkan duit.

kisah kedua;

pilihanraya kampus dalam malaysia kelihatan tenat. para pelajar kering idea hinggakan hilang punca. akhirnya demokrasi yang dijunjung atas dahi bertaburan kerana tiada harapan. ramai yang menang tanpa bertanding dan ramai yang menang dengan tanpa idea yang jelas. kenapa mengundi? demokrasi. macamana demokrasi? mengundi! tammat

 kisah ketiga

amerika serang iraq dan afganistan atas nama pembebasan. kebebasan adalah satu esen dalam demokrasi. negara-negara itu dijarah, pemerintah yang lama dihalau dan diadakan demokrasi pilihanraya untuk memilih ‘pemerintah yang adil dan saksama’. maka mengundilah rakyat boneka ini untuk pementasan yang bertajuk ‘negara ku demokratis’. tammat

kisah keempat

ketika tentera myanmar membidik sami buddha di burma, ramai yang melaungkan demokrasi untuk rakyat burma. bunyi2 kebebasan yang iramanya ala lagu iraq dan afghan berkumandang kuat paluan blok barat. solusi mereka hanyalah demokrasi. penonton ditimur pun mengangguk2 tanda setuju. “hanya itu! hanya demokrasi!” jerit mereka.

mereka yang menjerit itu adalah puak malaysia yang takpernah kenal erti kebebasan, demokrasi. dan merekalah yang menjerit kuat sekali! 

khairy.jpg

3 Responses to demokrasi yang dipaksakan di asia tenggara

  1. szanawi berkata:

    gambar ini kisah kelima.
    hahahaha..

  2. adihamka berkata:

    kisah keenam, rakyat digesa pakai songkok!

  3. dak emo berkata:

    batak ker nk tarok gmba kueh yg lo jpe at dpn msjd r???aku tnga sebel mncarik gamba len…ni gmba yg aku jpe….adoyaii!!!!!!!!aku x nk amik tao psl demokrasi2 nie…!yg pnting aku nk siapkn folio aku cpt..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: