mari layan filem penyiasat mimpi ngeri

images1.jpgdah lama aku tak dapat layan filem yang bagus. bagus dari segi gambar, awek dan jalan cerita. yang penting jalan cerita. tapi semalam aku dapat merasakan sesuatu yang hangat setelah habis tengok cerita nightmare detective (ND), otak aku mengalir keluar ikot telinga~

filem ni segenre dengan death note, misteri dan memeningkan. lagi pening dari matrix. dulu aku pemuja matrix, tapi sekarang bagiku filem matrix sudah bagaikan komtar dibandingkan dengan klcc disamping ND. ND bersandarkan idea Freud (yang memula mengasaskan ide) minda bawah sedar. aku tak belajar habis lagi bab ni, tapi filem ni berjaya bagi lonjakkan semangat kat aku untuk lebih memahami freud.

yang aku paham, filem ni cuba dekatkan rakyat dengan idea freud dengan gaya santai dan cara pembuktian.sang pengarah, tanpa langsung menyebut nama freud, mengasak cara menganalisis mimpi, perkara minda bawah sedar, dan kaitannya dengan diri kita. melalui jalan cerita yang mengasyikkan, kita tak sedar dengan pembentangan ide itu.

aku takmau bersembang panjang tentang idea freud ni sebab aku tak habis belaja lagi, nanti silap buat malu jer. tapi aku saran korang tgk cerita ni. mmg layan. lagi bes dr death note… peerrgggh!!!

 rasa macam minum sup doraisamy masa lepas ujan. layan~

(pastikan anda baca sedikit ttg ide freud dalam wiki untuk menikmati cerita ni) 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: