satu malam ayah cerita sejarah

nota awal: tulisan ni aku buat waktu tgh mlm, dlm pukul 1-2pg, dalam keadaan mamai dan ‘rush’ untuk tidor. aku tak edit ayat yang berselerak ini untuk originaliti sifat kemamaian

  

Aku tak tahu kenapa, abah mula bercerita panjang lebar mengenai harta karun yamashita kepadaku. Aku rasa dia makan banyak sangat kupang. Rasa macam menyesal pulak beli kupang banyak2.

 

Aku sebenarnya dah banyak kali dengar cerita harta ni. Masa duduk ditempat tu, aku sendiri pernah rasa kuasa mistik harta ni, tapi masa tu aku terlalu kecil untuk mengerti beza komunis, jepun dan harta yamashita. Tapi susur galur tindakan dan rentetan peristiwa amat kena dengan cerita abah. Mungkin harta yamashita masih disitu, hanya untuk orang tamak buru. Tamak.

 

Masa aku kecil dan masih tak mengerti, kehadiran entity jepun lumrah bagitu. Betul! Bunyi derap kawad askar jepun aku dah tak heran. Aku masih ingat bertapa freak out sedara2 kecil aku kalau tidor kat umah aku.

 

Rumah aku dulu terletak di kawasan kem tentera jepun. Di situ ada fasiliti hospital dan penjara untuk tentera jepun. Bangunan penjaranya masih wujud hingga kini.

Kedudukkan muka buminya yang mempunyai sumber air panas amat digemari tentera Nippon. Sapa yang pernah merasa ofuro dan biasa pergi ke tempat mandi sauna di jepun akan mengerti ini.

 

Cerita bapak aku, ibu harta itu saja cukup untuk membeli seluruh tanah di negeri sembilan. Dia bilang dia pernah melihat harta itu dengan bantuan seorang pertapa. Tapi pengunggu itu menuntut syarat berat untuk mengeluarkan harta itu, maka perjanjian takdapat nak di ikat.

 

Dikatakan tempat itu dijaga oleh jin. Disebelah sana sungai, berupa lelaki tua berjanggut panjang. Disebelah tengah (jalan masuk utama dan tempat harta dijaga oleh seorang gadis melayu cantik. Kononnya gadis ini dibunuh dan ditanam bersama harta ini agar menjadi penjaganya.

 

Aku tak pernah jumpa gadis ini, kalau jumpa pun mungkin tak perasan.

 

Menurut bapak aku, dia pernah cuba nak korek keluar harta ini. Tempat itu dia seal dengan alasan nak buat lanskap. Namun penjaganya ‘mengubah’ lokasinya ke tempat lain (dalam kawasan yang sama). Kerana gagal jumpa, tempat tu dia buat kolam, dan kolam tu wujud sampai hari ni. Aku dulu selalu berfikir jugak kenapa orang nak buat taman bunga tapi pasang zink tinggi2 dan ambil masa lama sangat. Malam ni baru aku tau.

 

Tak lama selepas tu, dr mahathir datang kat tempat tu. Bapa aku kata dia nak ushya barang itu. Selepas bersembang dengan bapak aku, cabinet luluskan plan untuk pindahkan tempat tu ke satu kawasan di Pahang dan tempat tu akan dimajukan dengan oleh sebuah sykt proksi mahathir dan sykt dari jepun. Jepun pun hantar lebih 30 orang juruukur untuk buat latihan kat kawasan itu. Sekarang korang boleh bayangkan bertapa untungnya diorg ni dapat buat on-job training kat Malaysia, beberapa ribu kilometer dari rumah mereka! Dengan alasan latihan, mereka mula mengukur tempat ni, masuk keluar hutan. Aku kenal rapat dengan mereka ni, sebab depa duduk kat sebelah rumah aku dulu. Salah seorang dari mereka ni aku masih kontek guna email sehingga sekarang.

 

Lepas mamat2 jepun ni balik, plan untuk ubah tempat ni terus didiamkan. Bapak aku kata diorg tak berjaya nak kesan tempatnya ditanam.

 

Patut la bila ingat balik dulu2 bapak aku pernah beli alat nak kesan logam (alat yang macam nak kesan periuk api tu). dia juga selalu masuk hutan dulu. Ini sebabnya rupanya.

Nak jadi Indiana jones la konon tu.

  

Lepas kena sound dengan mak aku, bapak aku naik atas, tido. Aku trus on PC n type benda ni. Tapi, banyak lagi yang bermain dalam otak aku sebebnarnya.

 

Ko ingat tak orang selalu kata yang orang yang nak ‘pergi’ buat benda yang pelik2?

Ini termasuk cerita dan kisah2 dedulu yang tak pernah dia cerita kat anak dia- lepas makan kupang!

 

Aku Cuma takut yang aku akan menyesal kerana tak pernah peluk abah. Tapi buat masa ini, aku dengan ego dan kemanchoan aku nak tidor. Esok masa untuk menyesal~

4 Responses to satu malam ayah cerita sejarah

  1. bumilangit berkata:

    nota kaki:

    bapak aku masih hidup dan sehat. aku masih dengan keegoan aku tak peluk dia. masih ada esok untuk menyesal

  2. adihamka berkata:

    aku dapat merasai kemamaian ko melalui entri ini.

    p/s: aku mmg lock komen di entri terbaru blog aku,aku tak mahu penderitaan aku berterusan.INsyaAllah.

  3. adihamka berkata:

    ..dan aku tau kalau aku bukak,ko akan kondem aku!

  4. bumilangit berkata:

    kau memang berpikiran panjang wahai kawan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: