kisah dan tak kesah 1

aLahdin dan Jin lampu ajaib

nota awal: cerita ceritit, tahi mata penuh poket

pada satu masa, di negara masenberdengung, wujud seorang lelaki bernama aLahdin. Dia tidak sama dengan alaudin atau aladin kerana dia tidakLah pencuri jalanan malah beliau tidak suka akan pencuri apaLah lagi rasuah. Namun jika orang kata rasuap, dia takLah kesah kerana dia tidakLah tahu.

Selepas satu musim kemarau yang panjang, aLahdin yang memang terkenal dengan sifat pembersihnya memvakum disekitar rumahnya. Encik pembersih ini membersih atas dan bawah, kiri dan kanan, tiba-tiba beliau ternampak satu cahaya yang sangat terang. “Wah!” katanya dengan terkejut tapi muka cool. Canteeknya lampu itu. Baik aku tanya tukang rujuk yang paling aku percaya. “Keyri, mai naek ataih sat!” jerit beliau dengan beria. Wajahnya tetap cool.

“Hang kat penah tengok menatang ni kat universiti hang dulu?”   

“Awat pulak tak penah?, di sana semua saya belajar” Keyri cuba teran loghat utara tak jadinya. 

“Hang memang ceredik, apa dia nih?”

“Ni kalau kat sana diorang panggey UFO pak, tapi ni bentuk macam pasu, mungkin akibat antara evolusi dan revolusi, UFO yang asalnya bentuk piring, berubah menjadi bentuk pasu untuk menerima tadahan hujan yang lebih dikawasan khaltulisiwa” kata Keyri bersungguh. Beliau belajar benda ni masa kat unviersiti jauh dulu. Dia tau semua benda. Dari hospital sampai ke bola. Semua dia belajar kat sana.

“Memang tak silap, hang memang bijak!. Macamana nak pakai uu-foo apakemenatang ni??”

“Mudah saja pak, mula-mula gosok, nanti semua masalah bapak akan selesai. Saya nak sambung kerja sat, mula-mula nak rempuh FRU, lepas tu nak daftar MyTeam ke piala dunia.” Katanya mengelat kerana malas nak layan peel bapanya.

aLahdin yang keseorangan dimusim kemarau itupun menggosok lampu itu. Jin pun keluarLah.

aLahdin terkujat. “Hehehe… selesai masalah aku!, keyri memang ceredik!”

aLahDin pun bernikah secara sah dengan jin itu dan semua masalahnya selesai. Beliau kini sering ke Australia, menaiki pesawat terbang barunya menikmati hidupnya yang kini tiada masalah.

Nota akhir:

Biarpun begitu, masalah rakan2 dan saudara mara di masenberdengung tidaklah juga selesai. Helikopter jatuh, banjir besar, ayam mahal, babi murah dan lain lain. Bilamasa orang bertanya kepadanya beliau hanya jawab, “Saya tak tahu” sambil menggosok-gosok jinnya dengan harapan masalah itu akan selesai.. “Dah setel” bisik hatinya

Sambungan kedua; aLahDin berjumpa Hakim tak Haqeem

2 Responses to kisah dan tak kesah 1

  1. najwan_halimi berkata:

    hahaha!

    lawak sial..aku amik story kau ni paste kat friendster..haha!

    lawak2! heheh!

  2. hanif amir berkata:

    hurmm..benarkah begitu??Lalalala..”saya tak tahu..” lalalala

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: