Falsafah dan daya fikir tinggi mat rempit

rempit.jpgMat rempit sering dianggap makhluk bingai dan langau yang tidak dikehendaki. Tahukah anda mat rempit mempunyai tahap pemikiran yang tinggi?

 

Kita akan ambil contoh aksi ‘superman’. Sebenarnya aksi ini adalah reaksi dari tuntutan evolusi. Jika mahu laju, maka mereka perlu mengubah salah satu atau keduanya, motor atau diri-sendiri. Jika anda perasan, motor superbike dibina sedemikian rupa agar  bentuk aerodinamiknya mengurangkan geseran (drag) dalam usaha mencapai halaju tinggi. Namun jika motor kapchai dipasang fairing untuk memudahkan aliran udara, berat atau jisimnya akan bertambah. Mengikut kiraan f/m=a, jika m (mass) besar, maka a (acceleration) berkurang.

 

Oleh itu, dalam usaha memenuhi kehendak evolusi ini, mat rempit telah mengubah segala hardware yang perlu untuk menambah kelajuan dan daya pecut kapchai mereka. Mereka juga berjaya mengupgrade software (otak) dengan bantuan darah labi-labi. Namun mereka masih perlu mengubah bentuk aerodinamik kapchai mereka. Ini menimbulkan banyak perdebatan dan perbezaan pendapat bagi mat rempit yang otai dulu-dulu. Namun hampir semuanya setuju yang ‘in order for things to change, I must change first’. Perkiraan ini yang mengambil kira berat dan kos yang rendah telah mencadangkan agar tubuh badan joki perlulah diubah agar tak perlu banyak modify kat motor.

 

Cadangan ini kemudiannya dikembangkan dengan mempertimbangkan hubungan

lift (daya apungan) dan drag . jika kita dapat merendahkan coefficient of lift(CL), dan maka drag akan bertambah. Jika ikut persamaan daya apung

(lift) = CL x ½ x p x v x v x s maka jelas, kita harus paham apa yang menyebabkan CL itu rendah.

 

 Perlu dijelaskan disini yang fenomena ini hanya terjadi dalam keadaan subsonic (di bawah kelajuan bunyi). Kiraan thrust yang diterjemahkan sebagai kelajuan motor kapchai ini timbul kerana thrust adalah sama dengan kiraan theoretical advance dalam mengira hubung kait propeller. Jika kiraan yang sama boleh di 90 darjahkan ke horizon, maka lift juga boleh di 90 darjahkan menjadi counter acting kepada drag kerana drag berkadar terus dengan lift. kan ? (yang ni aku kena check balik)

 

Selain dari itu, boleh juga ditafsirkan yang kelajuan motor kapchai bergantung kepada kelajuan relative airflow, ketumpatan udara dan kelajuan motor itu sendiri.

 

Dalam mengurangkan CL atau kini disebut CD (coefficient of drag) adalah ciri aerodinamik yang disebabkan oleh aliran bendalir/ udara.  Bentuk kiraanya agak berbeda dari CL, iaitu; drag= ½ x p x v2 x CD x A(frontal area). Oleh kerana factor lain dianggap tidak begitu penting, maka seringkali ditulis, CD x A.

 

Para mat rempit yang otai-otai dulu-dulu pun bersetujulah untuk mendapat impak maksimas, maka mereka perlu mengurangkan A iaitu frontal area dan CD sebagai bentuk airfoil yang membantu airflow mengalir dengan senang dengan mengurangkan induce drag dan drag-drag yang lain. Dari sinilah lagak superman bermula.

 

Sekian, terima kasih.

4 Responses to Falsafah dan daya fikir tinggi mat rempit

  1. sharudin berkata:

    Salam
    Saya telah memetik sebahagian artikel anda
    Terima kasih

  2. bumilangit berkata:

    errkk.. ada nilai ilmiah ke artikel nih?

    muhahahahaahah~

  3. matkangkung46 berkata:

    hhahaha…apa daa ko tulis ni ada fakta ka

  4. bumilangit berkata:

    oi, awat kat miat depa tak ajaq benda2 ni ka? apa cerita glenmorgan? dah dapat surat tawaran?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: