terawikh pertama di malam keenam

sudah menjadi tabiat aku sejak bebrapa tahun untuk tidak bersama insan2 berebut2 untuk berterawikh di surau pada malam pertama. pada malam inilah biasanya selipar hilang dan jemaah sampai ke longkang. aku memilih untuk tidak bersama mereka.

 malam keenam adalah malam pertama aku berjemaah semula disurau setelah ada spy yang mengatakan surau semakin lengang. aku tidak seronok dan tidak pula sedih. budaya ini bagaikan statistik sekian tahun. semangat ramadhan akan turun bersama bilangan hari. malam ini aku mula solat dikawasan taman aku, surau jalan I. kat taman aku ada beberapa surau, jln j, jln f, masjid b dan surau kemansah. insyaAllah aku akan round disetiap surau ini seperti tahun2 sebelumnya.

bi’at aku yang lagi satu ialah solat isyak dan solat terawikh kat tempat lain-lain. dengan taktik ini aku dapat cover lebih banyak surau. aku nak pergi surau taman permata, surau wangsa melawati, surau kat taman melati, surau kat keramat dan surau kat area carefour. surau-surau ini ada tazkirah. tazkirah ni macam charger untuk handphone. aku macam handphone.

tazkirah kat selangor dengar kata dah kena ‘ban’, tapi aku tak pasti tahun ni sebab aku belum mulakan xpdc aku. encik khir toyo kata selangor mesti solat 20 rakaat. aku taktau dari mana dia dapat hukum wajib 20 rakaat ni. terawikh ni sunat, yang selalu nak kecoh2 ni sebab diorang tengok benda ni sebagai adat. biasa la, orang melayu (oppsss… dia jawa)

aku teringat cerita as syahid hassan al banna settlekan ‘persengketaan’ 8 dan 20 rakkat ni. pasti menarik kalau jadi kat malaysia kan? tapi sapa yang layak ‘jadi’ dia? 

selamat mencari Cinta~

2 Responses to terawikh pertama di malam keenam

  1. adihamka berkata:

    di selangor wajibkan 20rakaat,haramkan tazkirah.aku taktau daripada kitab mana ada fasal berkenaan hal ni.
    apapun.jgn lupa singgah Masjid Klang Gate. Kul 9 dah setel 8 rakaat!

  2. huha2 berkata:

    wah ko bdk melawati ke? sama la kita. lg satu, try postkan cite psl syahid hassan al banna settlekan 8 ngan 20 rakaat tu. cam menarik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: