kenapa kerajaan tak naikkan harga rokok dah?

wwwappstateedu_smoke1.jpgsebagai perokok yang keTEGAR*, sensitiviti aku terhadap rokok amat tinggi. pada hemat saya, kenaikkan harga rokok boleh memudaratkan ekonomi malaysia. jika dibandingkan dengan dulu, kebanjiran rokok tiruan dan rokok murah sekarang amat membimbangkan. rokok dengan jenama2 pelik seperti texas 5, saat dan entahapanama lagi yang lebih murah dan mutu yang rendah, lebih merbahaya dari rokok biasa kerana campuran dan kualiti yang tak terjamin. rokok2 ini boleh lah dianggap seperti tv yang murah seperti jenama gc (GorengCucur) dan kakiayam yang bisa didapati di jalan pasar, pudu dan pasaraya seperti giant dan mydin. jika teliti, kita akan dapati produk china ini memanglah murah tetapi tiada pengesahan SIRIM dan lembaga elektrik yang membuatkan tahap keselamatan produk ini diragui. biasanya tv-tv begini menggunakan tiub murah dan mudah rosak.

kembali kepada rokok murah yang melambak dipasaran ini sebenarnya tidak diketahui mana asal usulnya. anda boleh beli sendiri rokok ini dan cari kilang dan pengeluarnya terutamanya rokok texas 5. jika anda bernasib baik, anda akan jumpa akar atau batang tembakau di dalamnya.

rokok dunhill tiruan, malboro tiruan dan yang lainya juga kini banyak dipasaran. bukan sahaja pengguna yang ditipu, malah kerajaan juga rugi. manakan tidak kerana ianya tidak dibayar cukai. dengan harga yang tinggi, peruncit (biasanya di kampung2) lebih berminat mengaut untung mudah dengan membeli rokok2 murah ini. pokoknya, cukai tak dibayar dan kerajaan rugi. mungkin inilah logiknya kenapa harga rokok tak naik lagi.

 walaupun rokok dikatakan merbahaya, tetapi aku ada hujah untuk menyangkal yang rokok itu membawa maut. orang kata rokok itu menyebabkan kanser dan sakit jantung. aku kata, mamat tu mati sebab sakit jantung dan kanser, bukan sebab hisap rokok. pernah kamu dengar orang mati sebab hisap rokok? maksud aku, hisap rokok dan mati, bukan dari punca lain. takdak kan? haha. manusia dan alasan.

————————————————————————————————————————–

tips berhenti merokok.

 tips ni adalah cara tradisional yang aku dan cuba dan gagal. apapun korang bolehlah cuba.

1) ambil 4 batang rokok, bakar batang pertama dan hisap satu pam dan kata kat dia, “aku talak kau dengan talak satu”. ulang langkah ini sampai talak 4. member aku buat dan bila dia nak hisap rokok kelima beberapa hari kemudian, dia muntah dan rasa rokok ini adalah benda paling tak bes dalam dunia. jangan gelak, u’ll be suprise macamana mentera efektif walaupun tak masuk akal.

2) sebelum hisap rokok, tengok rokok tu dan baca doa, “Ya ALlah, bencikanlah aku apa yang Kau benci”. kalau ko isap jugak rokok tu memang sah kau keras kepala. muhahahahahahah.

3) makan asam boi lepas makan. dia akan cepatkan penghadaman dan rasa masamnya membuatkan rokok rasa tak bes. dan buat berjaya tapi selalunya asam tu bini aku amik dan abiskan.

kalau ada sesiapa nak kongsi tips lagi, korang letak la kat komen tu.   selamat mencuba~

 ketegar: degil (ketegaq)

3 Responses to kenapa kerajaan tak naikkan harga rokok dah?

  1. antarabumi&langit berkata:

    …..

  2. feunul berkata:

    aku rase, kalau kerajaan naikkan harge rokok, nnti x de org nk beli rokok. jd pendapatan negara akan terjejas.. ye ke ? aku pon x tau la.. agak2 je.. sory la kalau tersalah fakta.

  3. ABDULLAH B HUSIN berkata:

    cara nak berhenti merokok senang je mula2 naik kt bangunan 32 tingkat pstu terjun gerenti tak hisap rokok dah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: